Tuesday, January 26, 2010

Esok....





Dulu , aku fikir semua benda boleh ditangguhkan sehingga la opah aku meninggal.

Sebenarnya orang yang fikir dia boleh tangguhkan perkara penting dalam hidup ni ialah orang yang bodoh.

Dari kecil , opah yang jaga aku , masa umur aku dua tahun .Parents aku pergi Haji , takde orang nak jaga kami. Kami nak dipisahkan sekejap 2 dengan nenek belah mak dan 1 dengan nenek belah ayah.Tapi ,opah tak nak . Dia cakap ,biarlah dia yang jaga kami tiga beradik. Sungguh mulia hati opah.

Aku membesar dengan dimanjakan kebanyakkan nya dari opah berbanding dengan parents.Masa tadika , hari- hari opah akan bagi aku RM 1 untuk beli 'cokelat'(gula-gula).Opah yang masakkan makanan aku.Takde orang yang boleh lawan dia masak . Terliur bila aku teringat Gulai Tempoyak ,Ayam Masak Merah. LALA. KERANG.
Tu semua makanan kegemaran aku , dan opah sentiasa tau masak .

Aku budak yang sangat nakal.AKu pernag baling opah dengan cebok air sebab dia marah aku main air lama-lama.Kecik-kecik dulu , aku ada lelah .Tak boleh main air.
Kalau la aku boleh pergi balik zaman dulu .Memang aku belasah aku yang umur 5 tahun tu cukup-cukup.

Masa sekolah rendah , Opah yang akan teman aku . Opah pernah datang sekolah agama sebab
nak tengok aku belajar. Sekolah rendah kebangsaan pulak, makanan mesti siap bila aku balik.

Umur aku 18 Tahun.Macam biasa la , nak balik hostel, aku akan salam dengan opah dan family .Tapi masa tu , aku fikir takpelah , nanti balik lain kali jumpa lagi.

Tapi aku silap. Kami tak pernah jumpa lagi. Opah dah meninggal.Opah meninggal tanpa sempat aku minta maaf atas semua kesilapan aku dari kecik.Kesilapan bodoh yang kalau boleh aku tak nak buat.Dan aku tak sempat ucap terima kasih atas segala pengorbanan dia dalam membesarkan aku.

CUma, aku puas . Aku je satu-satunya cucu dia yang ada masa dia meninggal kat hospital.Aku yang berulang-alik tiap hari untuk ambil barang-barang dia kat rumah . Aku yang tolak trolli jenazah dia masa malam dia meninggal.

Sebenarnya, Apa yang aku nak beritahu bukan kisah aku dan opah aku . Tapi 'TANGGUH' sikap suka menangguh kita.

Kalau kita sayang seseorang beritahu, kalau kita rindu seseorang beritahu
kalau kita suka masakkan mak kita, beritahu
dan kalau kita berterima kasih dengan penat lelah ayah kita , beritahu lah pada dia.

Ingat lah, orang yang bodoh saja yang tangguhkan apa yang dia nak cakap,beritahu atau katakan sehingga hari esok .Sebab hari esok , mungkin peluang tu dah takde lagi.

Kalau hari ini , korang masih punya sesuatu untuk disampaikan . Terus-terang la , dan korang takkan hidup dengan rasa penyesalan .

Al-Fatihah untuk opah........
HINDON BT DAUD





10 comments:

Aidi-Safuan said...

hurm..nak buat camne. masa yang da berlalu tuh xleh putar balik. jadikkan nih tauladan dia masa hadapan okay! :)

SuFy said...

Alfatihah...dulu ada gak kwn yg syg sgt kat opah dia...btw hidup ni memang byk memori..keep it as best memory in ur mind..:)

~kuyam~ said...

Al-Fatihah buat opah awk ye

hurm,sering juga sy sndri mnyesal dgn sikap ske btangguh ni =.="

dylla said...

sya pernah alami ape yg awak dah alami..sesal kemudian tak berguna kan? :D
to be honest, ur entry really reminds me about my late grandma..
Al-fatihah..

lieya orange M.I. said...

...opah mesti tau cucu terbaik dia siapa...=D

perempuan ITU said...

untung opah dpt cucu baik macam anda ye.

eh kamu nye tamplate ni ok,tapi kat bahagian ujung tu warne gelap.lepastu tak nampak sgt ape yg anda tulis tu

*sekadar cadangan je

Cik Akma said...

alfatihah. terkesan dgn entri ni. :(

My Nick said...

bila ada berderma atau apa amal kerana Allah, niat kan sedekah pahalanya ke Opah. Keperluan semasa manusia di dunia dan dan selepas dari dunia jauh berbeza.

anisizatyA.J said...

im sure ur opah dah maafkan you before she goes. btw touching story. tsk

L.Lawlett said...

@ korang semua- yup. hidup tak selalunya indah .