Monday, May 31, 2010

7 perkara yang patut kamu hentikan sebagai pengguna facebook

Lama nya tak update. well , semuanya sebab aku baru balik dari trip ke indonesia.


so , hari ni kita nak cakap 7 perkara yang anda tak patut lakukan kat facebook ataupun kalau dah dilakukan sila berhenti lakukan . it is as simple as that.

1. Gunakan password yang lemah .


Elakkan mengguna nama ataupun perkataan yang senang dicari dalam kamus walaupun ada nombor di hujung. Tapi, campurkan no dalam huruf besar dan kecil dan juga simbol.Password sepatutnya lebih daripada 8 karakter. contohnya hO27usEs untuk houses .


2.Tuliskan tarikh lahir penuh anda.


Inilah target ideal untuk pencuri identiti. Penah dengar copycat?? Mereka akan gunakan nya untuk dapatkan lebih banyak maklumat dan berpotensi untuk berupaya mengakses ke dalam akaun anda. Kalau anda dah pun memasukkan tarikh lahir, masuk ke dalam profile dan klik pada info tab . kemudian edit information .Dalam basic information . pilih untuk tunjukkan bulan dan hari sahaja ataupun tiada langsung tarikh lahir.


3.Tidak gunakan fungsi sebenar Privacy control.

Untuk kebanyakan profile facebook, anda boleh membataskan akses kepada kawan , kawan kepada kawan dan diri anda sendiri.Halang akses kepada gambar, tarikh lahir , pandangan agama, maklumat keluarga, dan pelbagai lagi. Anda boleh berikan akses kepada orang yang anda kenal sahaja. atau block terus orang yang anda rasa boleh memberikan ancaman kepada diri anda.

4.Letakkan nama anak dalam Caption.




Jangan gunakan nama anak dalam tag foto ataupun captions. Kalau orang lain yang lakukan . padamkan dengan tulis remove tag.Jika anak anda tidak ada dalam facebook dan orang lain memasukkan nama dia, minta orang itu untuk padamkan namanya.


5.Beritahu yang kamu tidak ada di rumah.


Ia seolah-olah meletakkan tanda ' Tiada sapa di rumah ' pada pintu rumah anda. Tunggu sampai habis percutian dan beritahulah semua orang bertapa hebatnya percutian kamu .


6.Biarkan search engine mencari kamu.


Untuk mengelakkan 'stalker' daripada masuk ke dalam page kamu, pergi ke pencarian dalam facebook privacy control dan pilih hanya kawan untuk pencarian facebook .


7.Membiarkan kanak-kanak bawah umur menggunakan facebook tanpa perhatian.



Facebook membataskan ahlinya hanya pada mereka berumur 13 tahun ke atas. teteapi kanak-kanak di bawah umur pun ada yang menyertai. Jika anda ada anak kecil pada facebook,cara terbaik utnuk memantau ialah menjadi kawan mereka.Gunakan e-mail anda sebagai contact untuk akaun mereka supaya anda boleh memantau aktiviti mereka.

Wednesday, May 5, 2010

Enam haiwan hybrid(campuran) yang mengagumkan





Singa , harimau dan beruang. Uniknya!!!!

Kalau kita perhatikan semua haiwan hybrid ni , kita akan sedar yang kemungkinan yang tiada berpenghujung.

Walaupun jarang dalam dalam alam semula jadi , individu dari spesis yang berbeza tapi ada kena mengena macam
(kuda dan zebra, lembu dan kerbau, kura-kura dan penyu).

Hah,tak guna cakap panjang. Jom tengok contoh-contoh haiwan hybrid ni =)






Zebroids

Zebroids ialah haiwan yang terhasil dari zebra dan kuda ataupun keldai .Ada jugak
zorses ,zonkeys , zonies dan campuran dengan pelbagai jenis lagi.comel kan dia ni???



Savannah cats

Kucing Savannah ialah nama yang diberikan kepada campuran kucing biasa dan kucing liar africa.

Menariknya , kucing savannah
jauh lebih manja daripada kucing biasa dan lebih setia kepada tuannya daripada anjing.Mereka ni boleh diajar untuk main tangkap bola.




Ligers

Ligers ialah campuran antara singa jantan dan harimau betina dan saiz mereka sangat besar.Diorang ni berbeza daripada tigons yang datang dari singa betina dan harimau jantan.Ada juga campuran
leopans(harimau bintang dan singa) .jaguleps (jaguar dan harimau bintang) ,dan ada juga lijaguleps (singa dan jagulep)





Wholphins

Campuran daripada paus pembunuh palsu dengan ikan lumba-lumba Atlantic.Ada dijumpai di Hawaii. Mempunyai sebanyak 66 gigi berbanding ikan paus pembunuh-44 dan ikan lumba-lumba-88


Grolar bears

Campuran daripada beruang kutub dan beruang darat.Beruang darat ialah satu binatang ganas yang kita tak nak jumpa dalam hutan.Yang menariknya, grolar bear ni jadi secara semulajadi.



Beefalo

Ini pulak campuran antara kambing dan Kerbau Amerika. Daging beefalo ni kalau dimakan mempunyai kurang kolestrol berbanding daging lembu dan kambing.



P/s: Lepas ni nak campurkan apa pulak ye?
Kucing dengan tikus?=ratscat
ataupun kucing dengan anjing=catsdog



Moral: kucing dengan anjing tak mungkin jadi geng....kecuali dalam cerita cats dog(betul ke nama kartun ni?)