Tuesday, February 2, 2010

pEremPuan (SAMBUNGAN)


Yup , yup ,Yup

Cerita sal perempuan lagi . Bukan aku saja nak tulis .Tapi dah yang tu yang jadi,Tiap-tiap hari perempuan yang jadi isu besar dalam hidup aku. Tak...tak
jangan salah paham. Bukan untuk blame perempuan. Tapi buat masa ni semua perempuan yang aku jumpa semua jenis yang hilang tiba-tiba.Berubah tanpa sebab.
tah..mungkin salah aku. Atau memang belum masa nya aku jumpa dengan orang yang aku patut suka.

Ni perkongsian cerita aku tentang insan yang bergelar perempuan ....


CASE 2

Aku rapat dengan J . Aku jumpa dengan dia sebab kami diletakkan dalam satu kumpulan dalam kelas lab. Rapat di sini bukan bermaksud ' SUKA' atau "sayang" tapi dia kawan rapat aku .

Kalau aku susah , dia yang akan cari aku dan tolong aku. Bila aku tak boleh nak jawab soalan 'assignment' dia akan tolong aku juga.
Siap taip detail how to solve dengan sms (sapa sanggup ? )

Kami selalu makan aiskrim sama-sama. Dia macam budak-budak . Suka makan aiskrim MAGNUM je. Memang seronok kawan dengan orang yang manja dan memahami.

DiA pakai tudung . Jenis perempuan yang aku idam-idamkan ialah orang yang bertudung sebenarnya . Yang jenis sombong pada semua lelaki kecuali lelaki yang dia suka.
Yang hanya layan orang yang dia suka je. SUsah nak cari orang mcam ni.

Tapi aku silap sebenarnya. Dia berubah dengan mendadak .

Ceritanya....


Khamis , 21 hb Januari

Malam tu dia mesej aku . Dia nak jumpa aku .Nak belanja makan aiskrim katanya.AKu tanya dia ada masalah ke? dia cakap takde .saje nak jumpa.Runsing katanya. AKu cakap ..OK =) .Tiba-tiba dia tak jadi pula. Ada hal katanya. Aku tanya balik ,takkan tak boleh langsung. Dia cakap ok lah . tapi masa tu dah pukul 11.30 malam.
Aku cakap dah malam , aku tak suka keluar rumah malam-malam. Nanti esok kita jumpa la.

Dia macam frust . Aku just cakap "JANGAN Menangis pulak". hanya untuk bergurau. tapi dia reply "mana tau".

SMS hanya terputus di situ.


Jumaat, 22 hb Januari

Aku tak dapat jumpa dengan dia. AKu terpaksa balik Perak .Ada urusan keluarga. Tapi , sebelum aku balik . Aku sempat call dia. AKu suruh dia jaga diri elok 2 .
Lepas je kami bercakap dia mesej "kenapa la awak perlu balik bila saya ada masalah"?

Sekali lagi sms terputus di situ....


Sabtu , 23 hb Januari

AKu cuba call dia malam tu. Saja nak tanya dia mcam mana. Telefon tak diangkat . Aku cuba dengan no yang dia takde . Dia reply elok je. 'SAPA NI?" .

Jadi maknanya dia ada kredit. Kenapa dia tak reply? aku terus call lagi dengan no aku.Still tak reply. Aku biarkan saja. Mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan masalahnya.



Isnin , 24 Januari

Zul datang kat aku. Dia cakap , budak tu dah berubah. Dia nampak si J keluar dengan sorang lelaki pukul 4 pagi . Wahai manusia, kalau ko sorang perempuan yang baik, ko takkan keluar dengan sorang lelaki bukan muhrim jalan-jalan pukul 4 pagi.
Ini Cyberjaya , pukul 4 pagi lah aku nampak lelaki arab dengan girlfriend bercium dalam semak. Pukul 4 pagi la aku nampak pelacur cari pelanggan.

So, ko nak aku pikir apa pasal ko sekarang?


Rabu , 26 Januari


AKu terima mesej. 'JANGAN GANGGU SAYA LAGI".


Selasa , 2 Februari

Dah lebih seminggu kejadian tu berlaku. Aku masih tak percaya sangat dengan apa yang Zul cakap sebenarnya.

Tapi hari ini , aku nampak ko jalan-jalan dengan lelaki tu waktu senja kat taman.



Aku bersyukur sebenarnya sebab aku nampak dengan mata aku sendiri
walaupun aku tak percaya pada asalnya. Kalau korang baca kat sini. Mungkin aku nampak macam cemburu. AKu bukan cemburu kerana dia couple dengan orang lain. Tapi sebab dia tinggalkan kawan apabila dah couple.

Dan disebabkan kau yang mintak aku jangan ganggu kau lagi. Aku redha .

Aku harap aku akan jumpa perempuan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan aku lepas ni.Aku takkan pernah putus harapan dan letakkan kesalahan itu pada insan bernama perempuan kerana tak semua perempuan tu sama.


-CASE CLOSED
-

13 comments:

Fatin Razali said...

hmmm..juz nak share pndpt jek..
xsmstinye pompuan yg kuor pkol 4pg 2 some1 yg jahat or badside..

kte xleh nak assume perangai gender based one 1person jek.so then,jgn nak sala pompuan laen plak yek.

pompuan yg baek hanye utk lelaki yg baek. :)

gadis borneo said...

=)...hopefully someday you'll find some1 better than her...cheers!~

jangan letak pilihan hati utk yg bertudung sj ba...yg bertudung susah mo tau identiti dia alim atau sj pura2..hoho...jks*~~ ;p sory ;(

L.Lawlett said...

@ fatin razali - saya tak cakap dia ni perempuan jahat.
saya cuma cakap dia tak jujur dengan pembawakan dia . and please baca sampai habis . Saya tak pernah cakap semua perempuan ada sikap yang sama. Saya tak pernah putus asa pada perempuan.


@gadis borneo-thanks. saya tak jadikan tu syarat.cuma saya harap saya dapat yang macam tu. nak cari yang cantik memang ramai.tapi nak cari yang berhati suci dan setia tu lah yang paling susah.=)

p;s saya harap dapat jumpa sorang yang susah saya nak dapatkan supaya susah nak berpisah =)

~kuyam~ said...

mungkin juga belum jodoh~

sophie said...

pelik laa kawan pompuan awak tew..sophie ade dua org kawan laki tyme skulah lu..memg rapat..sophie aggap dea0wng mcm big brothers sophie..best kawan nan dea0wng..sblum kapel nan current bf pon dea0wng jmpe bf tew dlu n till now kami rpat agy..cume agax renggang pas dea0wng daa keje..

i dunnoe nape kite perlu buang kawan pas kapel..tak fair.

dylla said...

perempuan sekarang tak boleh nak judge through appearance sebab kadang2 yg tak bertudung tu lagi baek dari yg brtudung. tak da niat nak kondem perempuan bertudung sebab sya pun pakai tudung.cuma ini ialah realiti.

so good luck dalam mencari wanita idaman!ececeh. :D

annadzirah said...

pity u dat she'd changed.
but dont hate her.
maybe she have her own reason.
dat nobody noe.
except HIM.




p/s : love dis song.

Estrella - Ternyata. (:

L.Lawlett said...

@kuyam - mungkin =(

@sophie- beruntung kamu dapat kawan macam tu

@dylla - yup . jangan la sampai pasni saya tak nak orang bertudung pula. ish2

@annanadzirah-tak benci actually tapi kesian sebenarnya.

p:s yeah , it is a ncie song

perempuan ITU said...

Heh,memang susah nak cari perempuan mcm kamu cari tu.Memang ada tapi payah la kan.sabar jela dlm mencari perempuan ni =)

pari-pari menyanyi said...

hmm,, i heve the same case like u..

well dlu ada gak kwn bek lelaki yg sangat bek ngn i..salu tlg i if ada pape prob.. n im really feel fun with him.. eventhough i da ada kapel tp i x penah lupa dia as my best fwen. n i ada bgtau my bf yg i berkawan ngn dia sbb nya i x nk tipu sape2.. n thax god my bf fhm..

tp bila 1 day i dpt tau die da capel i cheers for him but afta a few weeks he started change..

n im sad..

humaira balkiss said...

mungkin x de jodoh
sabar je lah
:)

saOd yg bAhagia said...

doakanlah supaya satu hari nanti kwn kamu tu sedar kelemahan dia....

and for you,bunga bukan sekuntum~ =p

afzan;NA said...

bila bertudung tanpa kefahaman tu yang membuatkan ramai perempuan bertudung tak baik...maksud di sini, bertudung sekadar syarat tutup aurat...walhal bila bertudung tu bukan sekadar cover up ur hair..pride pun nak kene cover..huhuhu

*nasihat buat diri sendiri yang selalu wat dosa* T__T