Wednesday, January 6, 2010

Perempuan lebih suka berblog dari lelaki??

SuDah lebih kurang 4 hari aku berblog semula. Tak kusedari sebenarnya blog sebenarnya tolong kita luahkan apa yang tak mampu kita cakap ,buat apa yang kita malu nak buat , tunjukkan apa yang kita tak mahu tunjuk. Dan mungkin cari apa yang kita hilang ..

Bagi aku , kawan-kawan masih ada cuma majoritinya dah pindah ke mana-mana.

Medic, Pharmacy dan aku masih di sini ..Foundation Buiding yang sendiri bosan melihat aku.

Kini, aku cari rakan-rakan baru , di blog,facebook dan myspace tapi majoritinya yang aku jumpa di blog ini ialah perempuan.Lelaki adalah dua tiga orang,itupun kawan sekolah.

Kenapa agaknya perempuan lebih ramai??

Mungkin...

1.Perempuan makhluk yang pemalu.Lelaki lebih suka berterus terang daripada perempuan.
2.Perempuan lebih selesa menulis berbanding berkata-kata (sebab tu sms sampai pagi pun rajin)
3.Perempuan sensatif dengan perasaan mereka dan lelaki kadang-kadang tak sensatif langsung.
4.Perempuan mahu suara mereka didengari tapi lelaki suka mendengar
5.Perempuan lebih suka pada perhiasan(sebab tu blog diorang selalu ada bunga-bunga).Lelaki punya blog lebih simple.
6.Perempuan lebih jujur dalam menulis apa yang mereka rasa berbanding lelaki yang lebih suka berahsia.(jadi apa yang ditulis dalam blog itu la yang diorang rasa)

Jadi mungkin ini antara sebab lebih ramai perempuan berblog dari lelaki....

But the truth is ...well ..who knows =)


15 comments:

~kuyam~ said...

5.Perempuan lebih suka pada perhiasan(sebab tu blog diorang selalu ada bunga-bunga).Lelaki punya blog lebih simple.

SETUJU!haha

no'0n said...

i agree with all :))

spark acap said...

terbaek n ak sokong post ni hehe :D

Rozuan Ismail said...

sudah fitrah yg lelaki n perempuan itu berbeza sifat dan naluri nya..ape apepon kita perlu hormat dan fahami perasaan antara satu sama lain..

sophie said...

yup2..setuju sgtt...penah bce fakta yg ckap pompuan suke meluahkan isi hati mlalui pnulisan..dan rata2 pompuan yg sophie knal suke sms ngan bf sndiri tpy bf dea lak suke calling2 je..proven!=)

Syida Shukor said...

dah boleh komen ! :D

1.Perempuan makhluk yang pemalu.Lelaki lebih suka berterus terang daripada perempuan.

true ! :D

cik eykameow :) said...

ups. maybe :) btw, jiwa kami halus. dats y laa

shakinah said...

sokonggggggggg!

honeyy said...

hi, blog sy dah bertukar. sila add ke kitacantiq.blogspot ye. thanks!

gadis borneo said...

hahar....kelakar jg la....

tidak d nafikan pmpuan lebih ramai ber belog....lebih2 lg personal blog....

=)

suka....

hobi....

mcm diary...

nanggis2 time sedey pun mc ble type2 belog.....hahar....!~


tp slalunya.....org yg dah cukup matang xla sampai gitu....personal tu simpan elok2 lg bagus bah....=) kongsi dengan insan tertentu sj....hihi

bunga ;D said...

setuju2..=D

hanismalik said...

Erm, aku rasa pasal perempuan lebih suke luahkan perasaan...lelaki xramai yg mahu luahkn perasaan kerana ibarat menjatuhkan ego sendiri...hehe

hanismalik said...

Erm, aku rasa pasal perempuan lebih suke luahkan perasaan...lelaki xramai yg mahu luahkn perasaan kerana ibarat menjatuhkan ego sendiri...hehe

anisizatyA.J said...

sbb blogging ni girly! hhaha

NadiaJolie said...

tapi i tak suka sms ah. ha ha mcm mane tu ? hahahahahah