Wednesday, September 17, 2008

Masa yang berlalu

Setiap hari , setiap jam, setiap minit, setiap saat......................

Masa berlalu meninggalkan kita, tak pernah menoleh ke belakang,

Aku selalu termenung,walaupun perbuatan tu agak membuang masa,

Kadang-kadang ,bila aku ada masalah ,aku akan berkampung kat Cyberpark

Mungkin tempat tu boleh buat aku rasa tenang kot,

dengan kicauan burung,angin yang bertiup,tasik,matahari terbenam.... semuanya indah buat aku.

Setiap orang tak mungkin lari dari rasa kesunyian,entah kenapa kadang-kadang aku rasa diri ni

kosong....

Aku bukan takde keluarga yang bahagia,kawan-kawan yang sering menggembirakan aku,teman

seperjuangan,lecturers yang tak pernah rasa bosan mengajar aku yang agak slow.......(malas)





Diri aku memang macam ni,aku akan mudah 'down' bila seorang je kawan yang aku hargai tak

menghargai aku.Pelik kan?Tapi itulah aku.Bila seseorang je buat aku terasa hati,aku susah nak

terima hakikat yang aku ni mungkin tak disukai.Pengalaman mengajar aku yang bukan semua

akan suka tindakan yang kita buat kerana manusia dicipta dengan pelbagai karenah dan

perasaan.



Aku teringat semula masa aku kat sekolah dulu,

Ada seorang ni seorang kawan aku yang aku baik sangat dengan dia....Setiap hari aku bila aku

jumpa dia ,aku akan tanya keadaan dia dan selalunya aku akan bagi dia oleh-oleh.

Tapi dia macam robot,jumpa aku mungkin sebab terpaksa,aku tak kisah sebab aku fikir dia

kawan aku,mungkin dia tak selesa dengan aku.Aku menunggu hari demi hari bila dia akan

benar-benar ikhlas untuk jadi kawan aku.Tapi ,dah takdir hari tu tak tiba. Hari berlalu

dengan dia tak jumpa aku pun masa hari last aku kat sekolah.Tapi

hakikatnya,semua kawan aku yang ada kat sekolah dulu cari aku balik selepas aku keluar dari

sekolah.Kawan perempuan?Sekolah aku semua nya budak lelaki,jadi aku memang takde kawan

perempuan sangat.Aku ada 'low self confidence'.and aku takut nak cakap dengan perempuan

disebabkan masalah jerawat kat muka aku.Aku ni dah la hitam,banyak jerawat.Jadi sapa yang

nak kawan dengan aku?




Mungkin juga situasi itu akan berlaku hari ini,

Kepada temanku yang benar-benar rasa aku ikhlas dalam persahabatan,

Mungkin hari ini kau tidak akan sedar pengorbanan yang aku lakukan,

Tapi aku pasti suatu hari nanti,kau akan mengenang semula setiap himpitan pengalaman dan

keadaan......aku tau hari itu akan tiba

Mungkin 'bila aku sudah tiada'



-L-

1 comment:

whitE said...

awak... let pe0plE show their own color thEn U know.. who is really meanT to be ur friend.. n who is n0t..