Monday, September 22, 2008

Babbysitter =)




Inilah pengalaman sebenar aku dalam seumur hidup aku jaga seorang kanak-kanak yang ayah dia tak tau lah pergi ke mana.....Sikap dalam tindakan amat penting supaya kejadian macam ni tak akan berlaku lagi.Kepada ayah-ayah kat luar sana,tolong la jaga anak anda baik-baik kerana anak ialah anugerah tuhan yang tiada terhingga.




22 hb September 2008,


Hari ini,aku decide nak berbuka puasa kat Masjid Putrajaya.

Kali ni Aiman je yang nak ikut sebab icad tak boleh makan nasi lagi(cabut gigi),Lokman(nak bersendiri),Kimi(berbuka kat tepi.......)dan Mahfuz(mana lagi dia nak pergi )

Kitorang sampai awal jugak lah.Aiman nak baca Al-Quran dulu jadi aku pun duduk sorang-sorang kat kawasan More.

Allahuakbar Allahuakbar........azan berkumandang menandakan dah masuk waktu Maghrib.

Aku dengan semua jemaah lain pun jamah la Kuih gelang dengan kurma dulu.Lepas tu kitorang pun solat berjemaah beramai-ramai.

Lepas solat,dengan pantasnya aku masuk line untuk ambik nasi dan lauk.Hari ni makan nye best jugaklah,

(i ) udang masak lemak
(ii) Tempeh masak pedas
(iii) ulam-ulam
(iv) pisang

Nak dijadikan cerita ,masa aku ambik makanan tu,ada seorang budak kecik beratur belakang aku(dalam umur 4 tahun).Masalahnya dia kecik sangat dan tak boleh ambik makanan kat atas tray yang tinggi tu.Aku kesian tengok budak tu,dah la comel takde orang nak tolong.So,aku tolonglah ambikkan ikan untuk dia.

Lepas je dapat ikan,budak tu tiba-tiba je pergi.Lauk yang lain dia tak ambik lagi pun.Aku pun buat tak tau je lah,ingatkan dia tunggu ayah dia.

Aku duduk dekat hujung menghadap tasik.(nak tengok pemandangan).Aku tak sedap hati,teringat kat budak tadi.Dah makan ker dia?Takpe lah ,aku pun bangun pergi cari dia.Jumpa je aku pun duduk sebelah dia.

Dia tengok je aku.Aku pun teruskan makan dengan harapan ayah dia datang la tolong anak dia ni.Dekat tinggal separuh nasi aku,budak tu tak makan lagi.Aku pun tanya "adik tak makan ker"
Dia tunjuk arah nasi dia.Baru la aku paham dia nak lauk -lauk yang lain tapi takut nak ambik .(orang besar-besar,aku pun takut).

"Takpe,adik tunggu jap,abang ambikkan nasi".Aku pun ambikkan lauk-lauk yang lain untuk dia.Dah bagi kat budak tu,baru lah lega hati aku.

Dah selesai?????

Masalah baru je nak mula.................

Dia makan sikit jer.Aku tertanya-tanya kenapa dia tak nak makan lagi ni.
Rupa-rupanya dia tak reti bukak kulit udang tu.Kesian betul budak ni,aku pun tolong kupaskan kulit udang untuk dia.


Dah habis kupaskan kulit udang.Dia mula makan sikit lagi.Tiba-tiba dia stop balik makan.Aku tanya lagi,"Kenapa adik tak makan?"

"Adas................"'Apa dia?"

Adassssss..............


Haaaa??????

apa dia cakap ni?tak paham................

"tandas....................."

ohhhhhhhhhhhhhh!!!!nak pergi tandas rupanya.


Em,takpelah
Jom ikut abang pergi tandas.Dia pun ikut je lah aku pergi tandas.Semua tau kan ,tandas kat masjid putrajaya tu jauh....Kena turun tingkat bawah


Aku bawak dia pergi tandas.Dia nak tanggalkan seluar dia.Tak boleh pulak.......(biasala seluar baju melayu kan ada butang!!!!!!)


Aku tanggalkan butang dia.Pegangkan seluar dia masa dia kat dalam tandas.Lepas 15 minit,baru la dia panggil aku.Aku masuk kat dalam."Ni dah basuh ker ni"?

Dia geleng kepala.Em,cantiklah.Aku dah la takde adik.Mana penah jaga budak kecik.Takpelah.Tolong lah basuhkan.......

Lepas selesai semua,aku bawak budak tu naik atas balik suruh dia sambung makan.Aku pesan kat dia,lain kali kalau nak ambik makanan ,beratur lah dekat line kanak-kanak(tak tau la dia paham ke tak)

Sebelum balik,aku sempat pesan kat dia suruh cari ayah dia....balik dan akupun berlalu pergi......



2 comments:

whitE said...

that's cUte story u know.. xpe2.. pengalaman ikmal... huhu.. anyway u r a go0d boy..

L.Lawlett said...

Insya-Allah,At least ada pengalaman untuk masa-masa akan datang