Saturday, July 3, 2010

9 cara untuk menjimatkan wang untuk penggunaan petrol (RAHSIA TERBESAR TERBONGKAR)

Wow --> cane aku tau cara-cara nak menjimatkan minyak ni?

Zaman sekarang ni , siapa yang tak gunakan kenderaan bermotor . Nenek roommate aku pun guna motor tau. Jadi automatiknya kita semua nak jimatkan harga minyak yang semakin meningkat masa kini.

Perah punya perah , dapat la sikit info :

9 cara untuk menjimatkan wang bagi penggunaan petrol ialah :


1. Biar lambat asal selamat



Penggunaan minyak akan mula naik bila kamu pandu lebih daripada 60 mph . Bagi setiap 5 mph lebih daripada 60 mph ,kamu kena bayar 24 sen . Jadi , cuba gunakan fungsi CRUISE di lebuhraya .CRUISE mengawal gear kamu jadi , dia menjimatkan minyak.


2. Sentiasa sabar dalam lalu lintas


Pemanduan secara agresif -memecut , brek ,- bukan saja bahaya tapi boleh mengurangkan minyak kamu sebanyak 33 percent di lebuhraya dan 5 percent di jalan bandar.



3. Tapi jangan terlalu sabar


Pendingin hawa boleh mengeringkan minyak, jadi pastikan kamu tak biarkan ia terbuka tanpa fungsi.Jangan bukanya dan tingkap sekali. Boleh je kamu nak tutup pendingin hawa dan bukak tingkap dalam kesesakan.-(kalau tahan la mandi peluh)

Bila kamu memandu melebihi 55 mph , terutamanya pada masa yang lama , sebaliknya adalah benar , Jangan buka tingkap sebab nya kereta akan kurang aerodinamik dan meningkatkan geseran.Jadi , penggunaan minyak akan meningkat. Dalam jarak yang jauh , penggunaan pendingin hawa sebenarnya membantu menjimatkan minyak sebanyak 20 percent.


4. Jangan hanya duduk di sana

Jangan biarkan kereta tak bergerak dan kamu biarkan enjin kereta hidup.Ini akan meningkatkan pemanasan tanah rendah dan penghasilan debu yang menyebabkan asma .Kalau nak panaskan enjin. gunalah beberapa minit sahaja.


5. Selalu servis kereta

Membaiki kereta yang perlu di betulkan pengeluaran maksima bagi minyak untuk purata 4 percent. tak paham ye?? camni , contohnya kereta kamu hanya perlukan 4 % tapi sebabkan kamu tak adjust tuning dia kamu guna 5 % . Jadi kamu kena check la tuning dia.



6. Periksa tekanan angin


Memastikan tayar cukup tekanan angin boleh membantu menjimatkan minya pada kadar 3.3 percent. Lagipu, lebih selamat dan memanjangkan jangka hayat tayar kamu. Selalu lah perikasa tayar alignment dan balancing .


7. Jangan penuhkan barang dengan muatan berlebihan

While it mainly affects smaller cars, carrying extra weight means burning extra gasoline, no matter how big your vehicle is. On average, you may be cutting your fuel efficiency by up to 2 percent for every 100 extra pounds you haul.

Walaupun benda ni lebih jelas pada kereta yang kecil , muatan berlebihan bermaksud membakar lebih minyak.Tak kira la sebesar mana pun kereta kamu, ia boleh memotong hampir 2 percent minyak kamu.


8. Pastikan tempat mengisi minyak kamu tertutup

Selain membahayakan , minyak boleh mengewap dan masuk melalui pendingin hawa.Bukan saja membazir minyak. meletup baru tau.jadi ,hati-hati.


9. Tumpanglah kereta kawan

Ni la cara yang paling jimat sekali , tapi jangan pulak buat muka seposen je tak nak bayar duit minyak . Nanti last-last jalan kaki je kamu.




p:s - bila la minyak kelapa nak boleh buat isi kereta ?





4 comments:

LanaBusyBee said...

9 cara yang erk..erk...erk...betul la tu kan hehehe....nice info ^^...

Dina Zakaria said...

guna minyak shell lebih jimat dari petronas..tapi dah x support produk tempatan ler pulakkk..

Redbloodsnow said...

haaa leh praktik nih. psstt...pic joke katun tuh klaka ar..haha

frisco said...

Yeep, mostly right. But I would suggest diesel users to use OMEGA products=)