Monday, May 31, 2010

7 perkara yang patut kamu hentikan sebagai pengguna facebook

Lama nya tak update. well , semuanya sebab aku baru balik dari trip ke indonesia.


so , hari ni kita nak cakap 7 perkara yang anda tak patut lakukan kat facebook ataupun kalau dah dilakukan sila berhenti lakukan . it is as simple as that.

1. Gunakan password yang lemah .


Elakkan mengguna nama ataupun perkataan yang senang dicari dalam kamus walaupun ada nombor di hujung. Tapi, campurkan no dalam huruf besar dan kecil dan juga simbol.Password sepatutnya lebih daripada 8 karakter. contohnya hO27usEs untuk houses .


2.Tuliskan tarikh lahir penuh anda.


Inilah target ideal untuk pencuri identiti. Penah dengar copycat?? Mereka akan gunakan nya untuk dapatkan lebih banyak maklumat dan berpotensi untuk berupaya mengakses ke dalam akaun anda. Kalau anda dah pun memasukkan tarikh lahir, masuk ke dalam profile dan klik pada info tab . kemudian edit information .Dalam basic information . pilih untuk tunjukkan bulan dan hari sahaja ataupun tiada langsung tarikh lahir.


3.Tidak gunakan fungsi sebenar Privacy control.

Untuk kebanyakan profile facebook, anda boleh membataskan akses kepada kawan , kawan kepada kawan dan diri anda sendiri.Halang akses kepada gambar, tarikh lahir , pandangan agama, maklumat keluarga, dan pelbagai lagi. Anda boleh berikan akses kepada orang yang anda kenal sahaja. atau block terus orang yang anda rasa boleh memberikan ancaman kepada diri anda.

4.Letakkan nama anak dalam Caption.




Jangan gunakan nama anak dalam tag foto ataupun captions. Kalau orang lain yang lakukan . padamkan dengan tulis remove tag.Jika anak anda tidak ada dalam facebook dan orang lain memasukkan nama dia, minta orang itu untuk padamkan namanya.


5.Beritahu yang kamu tidak ada di rumah.


Ia seolah-olah meletakkan tanda ' Tiada sapa di rumah ' pada pintu rumah anda. Tunggu sampai habis percutian dan beritahulah semua orang bertapa hebatnya percutian kamu .


6.Biarkan search engine mencari kamu.


Untuk mengelakkan 'stalker' daripada masuk ke dalam page kamu, pergi ke pencarian dalam facebook privacy control dan pilih hanya kawan untuk pencarian facebook .


7.Membiarkan kanak-kanak bawah umur menggunakan facebook tanpa perhatian.



Facebook membataskan ahlinya hanya pada mereka berumur 13 tahun ke atas. teteapi kanak-kanak di bawah umur pun ada yang menyertai. Jika anda ada anak kecil pada facebook,cara terbaik utnuk memantau ialah menjadi kawan mereka.Gunakan e-mail anda sebagai contact untuk akaun mereka supaya anda boleh memantau aktiviti mereka.

4 comments:

stiffler said...

betul betul..gua sokong..kalau nak nak lebih selamat..tipu segala information ,contohnya tarikh lahir..betulkan ikmal hijazz?

Cik Akma said...

setuju2. paswed pentingg! hee~

~kuyam~ said...

ouh...nasib sy xde fb
haha
:D

senorita_alynne said...

Wah! Bestnye G Indonesia. I Br Je Blk Dr Tasik Kenyir! Best Giler Tangkap Jerung..Ops!