Friday, August 22, 2008

Bertemu Tun Dr Mahathir

Salam,

Petang kelmarin merupakan antara perkara yang maybe jadi sekali je kot dalam hidup aku.

Petang tu aku decide nak pergi jogging dengan Riaz and Soon.So kitorang naik my car,untuk pegi Cyberpark.Sampai je kat sana,cam biasa la warming up and then start jogging.

First round aku sekali ngan Riaz .Kitorang lepas satu group orang tua ni dekat sana.Bila dah lari second round aku dah tinggal Riaz kat belakang.Tapi memang kaco la bila sampai kat jambatan ,group td block jalan aku.So pas habis dua round kitorang pun stop sebab dah tak larat.


Bila dah ambik udara,kitorang pun pusing balik arah berlawanan,Punya la ,ambo terkejut sebab rupanya group orang tua tadi ialah Tun Dr Mahathir yang selalu terbayang je dalam muka aku,Em ape lagi aku pun kelam kabut la salam dengan beliau.

Dia memang dah nampak makin tua,And memang masa nya dia duk rumtraah dan berehat.Soon dapat tau kemudian tapi dah terlambat sebab Tun pun dah balik masa tu.

Walaupun tak dapat ambik gambar beliau petang tu,tapi sekurang-kurangnya aku dapat salam dengan dia,.Tapi tak kisah la janji merasa.


Apa-apapun hidup harus diteruskan agar kejayaan dapat dicapai walaupun melalui pelbagai cara.


Regards,

Thursday, August 21, 2008

Night at the college

Ni pengalaman pertama tak tido malam selepas aku darjah 4.

semua ni pasal nak hantar projek it hari khamis jugak kan,memang la penat.Aku mula wat kerja puku 4 petang lepas habis kelas.Untuk pengetahuan korang assignment it ialah kena create website dan daftar dalam internet.Jadi boleh bayang la rasa mengantuk macam mane yang ade dalam jiwa aku.

Buat punya buat sedar-sedar jam dah pukul 7.So aku decide untuk pergi makan dulu.Untuk pengetahuan korang aku kena guna program Micromedia Dreamweaver ,Micromedia flash dengan Adobe Photoshop untuk create web site ni.

Lepas makan kat kedai Oshin aku balik mandi and solat.Ntah kenapa aku rasa seronok plak buat benda ni.Rasa macam hari raya pulak.Malamnye aku datang balik kampus untuk buat keje ni dengan Riaz.

Jam berdetik macam cepat je,sekejapje dah pukul 2.Orang ramai lagi kat kampus,Penuh je dengan kereta,aku pun macam blank je kan sebab PBL tu sejuk sangat.Tak tau la apa masalahnye,program ni pulak mcam tak boleh habis je.

pukul 3 .aku dah tak tahan penat,so rilek jap pegi makan kat Hassan Bistro .Pastu sambung balik.

Lepas buat benda ni  berulang kali sampai la kemucak dia pukul 5.aku upload kan semua gambar dan program dalam website webhost.


Dan yang terbaik sekali aku balik rumah pukul 7 pagi lepas solat subuh.Balik siap dah pukul 7.50 .Kelas pulak start pukul 8.Memang cantik skit.So pandai2 la kan.


Apa2 pun aku enjoy dengan life as a student kat sni


Doakan aku key,untuk examination esok.


Wsalam

Wednesday, August 20, 2008

Friday, August 15, 2008

Final Examination for the first term

hahaha,first time cter pasal prob

so camner?aku kena ready untuk exam pas beberapa lama berehat
cuak memang cuak tapi kena pandai-pandai la nak hidup kan

test akan start isnin ni dengan chemistry dulu ,pastu kena cover chapter 7 and 8 siap2 sebab chapter ni panjang sikit,Pasal chapter len pandai2 la kan

Hari ni je aku bangun pukul 3.50 pagi n terus mandi dan solat isyak sebab tertido awl sngat semalam.Pas solat duduk lah aku ntuk stdy di meja berkarat tu,dengan macam2 bunyi la dengar,orang mabuk la .pompuan nangis la
tu belum masuk orang ketuk pintu n macam2 lagi la

ape lagi aku,wat tak tau je,sambung stdy,memang best stdy pagi2 buta ni.Lepas mendapatkan ilham sekejap(tido la tu) tersengguk2 beberapa minit,aku pun solat subuh dulu and continue balik stdy,.So tengoklah camner aku dapat cover tak chapter tu nanti.

so kepada orang yang baca blog aku ni,mintak dapat lah memberikan doa supaya aku dapat skor nanti.

CHAYOK2.wsalam

fakta-fakta menarik 2

1. Aristotle ialah ahli falsafah Yunani yang pernah menjadai guru kepada penakluk Agung, Iskandar Zulkarnaim.
2. Cahaya dapat mengelilingi bumi sebanyak tujuh kali dalam sesaat.
3. Sungai "Hwang Ho" dikenali sebagai "Nestapa China" kerana sungai itu sering membawa bencana banjir ke lembangannya
4. Permainan snooker berasal dari negara India.
5. Negara Perancis telah menghadiahkan patung kebebasan " Statue Of Liberty " kepada Amerika Syarikat sebagai tanda
persahabatan dan kebebasan pada tahun 1884.
6. Floran adalah nama garam galian yang dapat menghalang kerosakan gigi.
7. William Harvey ialah seorang ahli Fizik yang menjumpai sistem pengedaran dadah di dalam badan manusia.
8. Korea Utara dan Korea Selatan telah berperang pada 25 Jun 1950.
9. Sungai Euphrates ialah sebatang sungai yang mengalir melalui Turki, Syria, dan Iraq sebelum masuk ke Telukan Parsi.
10. John Logie Baird telah mencipta Televisyen pada tahun 1876.
11. Sandwich Island ialah nama lama bagi Pulau Hawaii.
12. Pengasas parti Neo Nazi Jerman ialah Adolf Hitler.
13. Raja Thai yang memerintah sekarang ialah dari keturunan Dinasti Chakri.
14. Lanca atau beca merupakan satu jenis alat pengangkutan yang sangat terkenal di Asia Tenggara dan Asia Timur dan dicipta oleh seorang rakyat Jepun yang berketurunan Samurai.
15. Switzerland digelar "Padang Temasya Eropah."

Sunday, August 3, 2008

Pesta Ratu kidul(full version)

PESTA RATU KIDUL

Nada dering berlatarkan lagu S.O.S. membelah kedinginan pagi.Dia mencapai telefon

bimbitnya,ada sms “Shahrir emak dengar gunung Merapi dah nak meletup keluarga di

di sini risau”Dibalasnya sms emaknya mengikut cara orang tua supaya mudah faham

“Semuanya biasa sahaja di sini emak jangan risau sampaikan salam saya pada abah dan

keluarga.”Jam di tangannya menunjukkan 5.30 pagi 27 Mei .Bisik hatinya,solat dulu

kemudian tidor balik kuliah hanya bermula pada pukul 8.00 pagi.Sekarang dia tidak perlu

lagi bergegas ke kampus kerana emak baru sahaja membeli motorsikal berkuasa tinggi

Suzuki Thunder.Dua minggu lepas emak dan ayah datang ke Yogyakarta untuk

menguruskan pembeliannya, tersenyum dia mendengar leteran ayahnya “Pakai motor

macam Honda 90 sudah,jimat dan murah”.Malamnya dia mengatur makan malam

bersama rakan sekuliahnya dari Fakulti Kedoktoran Pergigian,UGM,Aida,Mona dan

Aishah.Mereka ganti keluarga di kota Jawa ini bersama mengejar impian dan menempuh

pancaroba beribu batu berjauhan dengan keluarga di Malaysia.Ungkapan Aida “Pak Cik

di sini Honda 90 di panggil Supra X, dipandu oleh cewek sahaja pria pandu Thunder”

Lantas ayah mengubah pendiriannya.

Selesai solat dia terus melunjurkan badan,keletihan berpesta semalaman masih terasa.

Sebaik sahaja kertas anatomi selesai,Diana gadis kacukan Belanda dari Bandung berdiri

“Malam ini kita pariwisata di Padang Teritis,gue titip speda motor mas Sharir asyik-asyik

bawa gue ke Maliboro sahaja”Dia tersentak,Diana menjeling manja “Malam ini gue

Ratu Kidul mas Shahrir raja hati gue”Andre rakan karibnya dari Solo yang juga presiden

persatuan mencelah “Bisa Shahrir tanpa mas dan Diana semua ngak jadi”Dia akur dengan

rencana rakan-rakan sekuliah.Tepat pukul tujuh malam Diana muncul di hadapan asrama

dengan Honda Jazz merah yang di pandunya setiap hari ke kuliah di letakkanya

bersententangan dengan pintu bilik.Dia terus bersuara “Mantap dong manis sungguh

kamu malam ini”Diana tersipu-sipu mendengar pujian dari jejaka pilihannya.

Ditenungnya anak gadis yang menjadi idaman pria di UGM, anak pak lurah dari

Bandung.Penampilannya malam itu amat menarik.Jaket putih dari kain benang bulu

biri-biri berlengan panjang menutupi blaus bintik hitam putih tanpa lengan.Kelansingan

nya terselah dengan mini skirt hitam pekat.Teruja dirinya di senangi dia tersenyum

memerhatikan gelagat kekasihnya yang berbaju T hitam berjenama Air Asia dipadankan

dengan seluar Levis hitam serta jaket kulit hitam dia membalas usikan kekasihnya “Wah

macho!glam!cowok gue ayuh kita mampir di dataran semua menunggu di sana

Dari dataran UGM mereka berkonvoi sebanyak tiga puluh buah motosikal menuju

Padang Teritis lebih kurang lima puluh kilometer ke arah pantai.Mereka berhenti seketika

di Bantul yang terletak sepuluh kilometer dari pantai untuk membeli minuman dan

makanan.Sebaik sahaja tiba mereka terus membuat unggun api dan memasang alat

karaoke di kawasan berpagar seluas dua hektar.Kawasan pantai dan sekitarnya

penuh sesak dengan manusia dan bas pelancongan.

Tiba-tiba Andre mencapai mikrofon dan menyampaikan pesanannya “Malam ini kita

akan berpesta tetapi Bapak Amin suruh sampaikan amanat ini, malam ini Selasa lima

belas Kliwon anak-anak berpestalah tetapi jaga nama UGM, tanpa alakohol,tanpa

narkoba dan jauhi maksiat,Bapak Amin berbesar hati memberi kebenaran menggunakan

tanah miliknya walaupun ada turis yang mahu memajaknya”Mendengar nama Pak Amin

pensyarah mereka yang hampir jadi presiden semuanya akur.

Tanpa membuang mereka mula berkaraoke dan berdansa.Dia turut melepaskan giannya

berduet dengnan Diana menyanyikan Takkan Melupakan Mu dari kumpulan Radja.

Di rangkap terakhir dia menarik Diana ke suatu sudut dan terus meluahkan persoalan

yang terpendam di hatinya “Apa istimewanya Selasa lima belas Kliwon”Diana tertawa

“Oh!gue amat risau tengok mas muram sahaja,ayuh gue paparkan apa yang spesialnya”

Diana meruntun tangannnya mengarah ke bukit berhampiran yang penuh dengan manusia

berkarnival diiringi dengan muzik dangdut.Lelaki dan wanita,tua dan muda terkinjal-

kinjal ghairah meliut merngsang.Puncak bukit menjadi pentas orgi yang belum pernah

disaksikannya sebelum ini.Bau arak dan asap narkotik menusuk hidungnnya.Diana

dapat merasakan kekasihnya sedang berperang perasaan tetapi dia bertekad untuk terus

mengujinya.Dia ingin tahu sejauh mana kuatnya iman pemuda Islam ini walaupun

dia Katholik tetapi melalui pancasila dia mengenali Islam.Akhirnya mereka sampai

behampiran dangau rembia berukuran sepuloh kaki yang dibina di keliling bukit.Dalam

kelam malam berbayang dangau bergerak serentak dengan dengusan dan terhidu bau

hanyir memualkan.Nafasnya mula sesak dia disentak oleh sapaan Diana “Malam ini

mengikut kalendar Jawa lima belas Kliwon dan pesta yang mas saksikan ialah Pesta

Ratu Kidul pengunjung yang mengirim nadar atau kaul dengan bertukar pasangan”

Dia ingin tahu lebih mendalam “Bila bermulanya tradisi sejumud ini”Diana terus

bercerita “Ratu Kidul ialah seorang puteri kerajaan Islam mempunyai Keraton

Kesepohan,Kanoman dan Kecribonan,oleh kerana terlalu sayangkan puterinya ayahanda

nya telah memberikan satu daerah dari Parang Teritis melewati Bantul hingga ke Klaten

berkahwin dengan putera Pakuan Penjajaran”Dia mengisyaratkan Diana suapaya jangan

berhenti “Setelah berkerajaan sendiri Ratu Kidul dan suaminya engkar dengan ajaran

Islam dan suatu malam sedang mereka berpesta di keraton Padang Teritis ombak besar

dan ribut dan gempa bumi menghancurkan kerajaan mereka Ratu Kidul di bawa ombak

ke laut Selatan dan akan muncul setahun sekali di malam Selasa lima belas Kliwon

menurut kepercayaan ketika itu nadar dan kaul akan otomatis di terima dengan syarat

bertukar pasangan”

Lamunannya direntap oleh gegaran dan jeritan dan laungan yang menyayat hati.Dia

meluru ke tingkap dan badannya menjadi longlai melihat bagunan bersebelahan runtuh

menyembah bumi.Kudin pelajar perubatan dari Trengganu mengetuk pintu pelajar

pelajar Malaysia dan menjerit “Keluar-keluar gempa bumi”Dia mencapai kunci

motorsikal dan meluru ke bawah sepantas kilat Kudin melompat dan tanpa

di pelawa membonceng di belakang.Arahan telah di keluarkan oleh kedutaan

Malaysia semua penuntut di kehendaki berkumpul di rumah Malaysia di UGM

jika Gunung Merapi meletup,dia memecut laju dengan harapan cepat sampai.

Lamunannya dikejutkan dengan jentikan Aida “Shahrir kamu mengigau kita dah sampai

Ke KL” Baru dia sedar dia berada di atas pesawat TUDM dalam missi evakuasi dan

menyelemat pelajar-palajar Malaysia yang terlibat dengan gempa bumi di

Yogyakarta semalam.Wajah lega terbayang di kesemua mereka yang berada didalam

pesawat apabila mendarat di lapangan terbang Subang.Dia mengenggam erat tanganya

“Syukur aku di lahirkan dan Islam di Malaysia bukan di negara lain”Emaknya terus

memeluknya kedengaran ucapan syukur alhamdullilah bertali arus dari mulutnya dan

ayah memegang tasbih dengan wajah seriusnya.

Saturday, August 2, 2008

Picagari


MusicPlaylistRingtones

Fakta-fakta menarik (slot 1)

1. Bahasa yang paling luas dugunakan di dunia ialah Bahasa Mandarin.
2. Manusia dewasa mempunyai 207 batang tulang.
3. Gas yang paling ringan di bumi ialah gas Hidrogen.
4. Cermin mata dicipta pada tahun 1310 oleh seorang rakyat Itali yang bernama Salvinius
Armadus.
5. Gunung berapi hidup yang tertinggi di dunia ialah Gunung Cotopaxi.
6. Air Terjun yang tertinggi di dunia ialah Air Terjun Angel.
7. Pengasas pasukan polis yang pertama di dunia ialah Sir Robert Peel.
8. Siput babi termasuk dalam kumpulan 'moluska'.
9. John Fitzgerald Kennedy ialah Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh oleh Lee Harvey
Oswald.
10. Sebahagian besar matahari terdiri daripada gas hidrogen.
11. Pokok bunga madat atau popi yang digunakan untuk menghasilkan candu, morfin dan heroin dikenali juga sebagai Papaver Somniferum.
12. Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka dan Selat yang paling lebar di dunia ialah Selat Mozambique.
13. Bangunan Taj Mahal di Agra, India dibina oleh Maharaja Mogul iaitu Shah Jehan untuk isteri kesayangannya dan siap pada tahun 1648.
14. Warna bintang yang paling sejuk sekali ialah Merah
15. Landasan Keretapi bawah tanah yang pertama dibina di dunia ialah Landasan Metropolitan, London.