Wednesday, November 26, 2008

Kemalangan yang melukakan jiwa






AHAD.....


Hari ini,aku rasa tak tenang sangat.Duduk sekejap tak kena.Apa yang pelik hari ini?

5.30 pm,

aku menerima sms daripada 'dia'.Taipan sms demi sms.Masa berlalu dengan pantas. Selepas membaca sms nye,aku mula rasa tak sedap hati,mungkin kah sampai sini sahaja hubungan
kami ?Aku cuba menghubunginya semula selepas pergaduhan 'besar' itu.

Namun,tiada balasan yang aku terima.Mungkin ini jalan takdirku.

10.00 pm

Berkecamuk hatiku sendiri memikirkan mungkinkah ini penghujungnya.Sudahlah,mungkin lebih baik aku tidur saja.Esok,pagi-pagi lagi aku harus bertolak balik ke Cyberjaya.

10.30 pm

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Isnin

6.30 am

Aku bertolak awal pagi.Moga cepat-cepat sampai ke sana.Di persimpangan jalan keluar dari Pandan Jaya,di depan mataku seorang lelaki jatuh dari motosikalnya.Tangannya penuh dengan darah.Aku teruskan perjalanan sebab ramai yang dah berhenti untuk tolong lelaki tadi.
Di hadapanku kini sebuah taxi yang rosak melanggar sebatang pokok.......


7.15 am

Aku memecut laju di lebuh raya Kl-Putrajaya.Speedometer ku.....140km---150km-----160km-----170km-------180km-------..........


7.20 am

Kereta ku berpusing-pusing seperti roda.Aku hilang kawalan.....Takde apa yang boleh aku lakukan.SHririririttttttttttttttttttt.BUmmmmmmmmmmmmm.........

dan ingatan ku mulai pudar............................................

No comments: