Friday, November 21, 2008

Hypnosis






Seseorang pernah bertanya kepada aku,"Mal,nape ko ni suka jadi 'kawan menangis' je,bila member yang len tengah berseronok,ko tak nak join.Tapi bila diorang sedih,ko selalu tolong diorang"?Aku tersenyum bila dengar soalan tu sebab aku pelik sikit.Aku kawan yang suka rapat ngan seseorang bila dia dalam kesusasahan je,bila dia senang,aku akan jauh dari dia.Jadi,tu yang kategori pelik sikit tu.

Pernahkah kita terpikir,Kawan ketawa ,mudah dicari dan kawan menangis sangat sukar dicari.Lebih baik ada seorang je kawan menangis dari seribu kawan waktu kita senang je.Tapi lebih sukar nak cari kawan menangis sahaja kan?

Ramai dalam kalangan member-member sekolah aku dulu yang datang mengadu pelbagai hal tentang member2 yang lain.Cerita keburukan orang seolah-olah kau tu saja yang sempurna.Tapi yang kelakarnya,orang yang dikutuknye tu datang jumpa aku jugak dan mengadu benda yang sama.Jadi apa beza nya kau tu dengan orang lain?Tak rasa kah diri ko tu sehina-hina manusia?
Bila depan lain yang ko bicara?Bila kat belakang,kau lebih mengerti kan?

Hari ini aku melewati sebuah 'situasi' yang membuat aku sendiri berfikir setiap perlakuan dan tingkah laku kita dibayangi oleh keaadan berpura-pura.Aku memerhatikan keadaan sekeliling aku........

Ke mana pun aku pergi,
Walau apa pun yang aku buat,
baik atau buruk...
Mesti aku akan jumpa dengan manusia yang pandai mengambil kesempatan dengan orang lain.

Tapi semua tu lumrah manusia.Tuhan tu maha adil kan?

Satu saja nasihat aku......

Setiap apa yang berlaku pasti ada balasannya.Kalau tidak hari ini,esok.Kalau bukan esok,mungkin lusa....

Yang pasti pembalasan itu akan tiba......


No comments: