Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.
Wednesday, November 26, 2008
Kemalangan yang melukakan jiwa
AHAD.....
Hari ini,aku rasa tak tenang sangat.Duduk sekejap tak kena.Apa yang pelik hari ini?
5.30 pm,
aku menerima sms daripada 'dia'.Taipan sms demi sms.Masa berlalu dengan pantas. Selepas membaca sms nye,aku mula rasa tak sedap hati,mungkin kah sampai sini sahaja hubungan
kami ?Aku cuba menghubunginya semula selepas pergaduhan 'besar' itu.
Namun,tiada balasan yang aku terima.Mungkin ini jalan takdirku.
10.00 pm
Berkecamuk hatiku sendiri memikirkan mungkinkah ini penghujungnya.Sudahlah,mungkin lebih baik aku tidur saja.Esok,pagi-pagi lagi aku harus bertolak balik ke Cyberjaya.
10.30 pm
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Isnin
6.30 am
Aku bertolak awal pagi.Moga cepat-cepat sampai ke sana.Di persimpangan jalan keluar dari Pandan Jaya,di depan mataku seorang lelaki jatuh dari motosikalnya.Tangannya penuh dengan darah.Aku teruskan perjalanan sebab ramai yang dah berhenti untuk tolong lelaki tadi.
Di hadapanku kini sebuah taxi yang rosak melanggar sebatang pokok.......
7.15 am
Aku memecut laju di lebuh raya Kl-Putrajaya.Speedometer ku.....140km---150km-----160km-----170km-------180km-------..........
7.20 am
Kereta ku berpusing-pusing seperti roda.Aku hilang kawalan.....Takde apa yang boleh aku lakukan.SHririririttttttttttttttttttt.BUmmmmmmmmmmmmm.........
dan ingatan ku mulai pudar............................................
Friday, November 21, 2008
Hypnosis
Seseorang pernah bertanya kepada aku,"Mal,nape ko ni suka jadi 'kawan menangis' je,bila member yang len tengah berseronok,ko tak nak join.Tapi bila diorang sedih,ko selalu tolong diorang"?Aku tersenyum bila dengar soalan tu sebab aku pelik sikit.Aku kawan yang suka rapat ngan seseorang bila dia dalam kesusasahan je,bila dia senang,aku akan jauh dari dia.Jadi,tu yang kategori pelik sikit tu.
Pernahkah kita terpikir,Kawan ketawa ,mudah dicari dan kawan menangis sangat sukar dicari.Lebih baik ada seorang je kawan menangis dari seribu kawan waktu kita senang je.Tapi lebih sukar nak cari kawan menangis sahaja kan?
Ramai dalam kalangan member-member sekolah aku dulu yang datang mengadu pelbagai hal tentang member2 yang lain.Cerita keburukan orang seolah-olah kau tu saja yang sempurna.Tapi yang kelakarnya,orang yang dikutuknye tu datang jumpa aku jugak dan mengadu benda yang sama.Jadi apa beza nya kau tu dengan orang lain?Tak rasa kah diri ko tu sehina-hina manusia?
Bila depan lain yang ko bicara?Bila kat belakang,kau lebih mengerti kan?
Hari ini aku melewati sebuah 'situasi' yang membuat aku sendiri berfikir setiap perlakuan dan tingkah laku kita dibayangi oleh keaadan berpura-pura.Aku memerhatikan keadaan sekeliling aku........
Ke mana pun aku pergi,
Walau apa pun yang aku buat,
baik atau buruk...
Mesti aku akan jumpa dengan manusia yang pandai mengambil kesempatan dengan orang lain.
Tapi semua tu lumrah manusia.Tuhan tu maha adil kan?
Satu saja nasihat aku......
Setiap apa yang berlaku pasti ada balasannya.Kalau tidak hari ini,esok.Kalau bukan esok,mungkin lusa....
Yang pasti pembalasan itu akan tiba......
Saturday, November 8, 2008
Diari Hari Ini
Asalnya aku memang tak nak bangun ,tapi aku kena hantar parents aku pergi KLIA.Diorang honeymoon lagi kat Bandung.Hahaha,tinggal la aku keseorangan dekat Malaysia ni.(adik beradik aku semua kat luar Malaysia).
Masa di Airport aku berpeluang melihat tingkah laku orang ramai.Masing-masing dengan kerenah mereka sendiri.Tapi secara keseluruhannya yang aku lihat ialah sikap pentingkan diri manusia.
Semua orang hanya pentingkan diri mereka.Yang penting mereka dapat 'check in'.Nasib orang lain?sendiri mau ingat lah kan?
Aku bertolak dari KLIA menuju ke Kl sebab ada tugas yang kena buat.Singgah di Masjid KLIA kat Banting....Barulah aku tau yang KLIA ni ada Masjid yang sebesar dan seindah ni.LUAS.......
tapi takde orang.
Perjalanan dari KLIA ke KL sangat membosankan sebab aku pandu sorang-sorang.Aku berfikir bila la pulak lepas ni aku dapat pergi oversea?
Mungkin lepas aku jadi doktor nanti kot?
Di KL,aku singgah di rumah kejap sebelum bertolak ke Stesen LRT
Yang seronoknya kali ni aku guna Touch n Go.So takyah beli tiket susah yang panjang macam tren tu sendiri.
Selesai je urusan dekat Masjid Jamek,aku pun bertolak ke Low Yatt Plaza,(syurga barang elektronik).
Selepas jumpa barang yang aku nak ,aku pun bertolak balik.
Telatah anak muda kat sini menarik perhatian aku.Ada yang duduk kat tempat yang kotor(tepi tong sampah) buat dek je.....
Ada yang menari shuffle.....baru la aku perasan ramai jugak budak melayu kat KL ni yang syok sendiri.....Entah sapa la yang nak tengok diorang menari tu .Kalau malam takpe la jugak ni waktu Maghrib....Kesian kat mak bapak diorang.......
Tapi kemuncak dia ialah aku tengok pasangan berpeluk cium depan aku.Memang la rasa nak sepak je....Dah la ada sorang laki ni asyik duk menunggang awek dia je.
Mungkin benda ni dah biasa untuk remaja hari ini....Cuma aku terfikir , kalau sekarang kau(awek-awek kat MALAYSIA) benarkan lelaki-lelaki jongos ni menunggang kau.....
Apakah nilai maruah yang masih ada pada kau selepas ini ?
Renung-renungkanlah................
Friday, November 7, 2008
Congratulation President Obama
Hijab sang pencinta
Dan aku adalah pembaca novel bahasa Inggeris dan juga novel Melayu.Jadi kat sini aku nak mencadangkan kat korang untuk cuba baca novel penulisan hasil Ramlee Awang Murshid.
Antara novel-novel yang available ialah
- ADAM
TOMBIRUO
TOMBIRUO TERAKHIR
RANGGAU
RAHSIA PERINDU
MANDATORI
SATU JANJI
SEMANGAT HUTAN
BAGAIKAN PUTERI
CINTA SANG RATU
UNGU KARMILA
So cubalah,dan aku janji korang akan puas hati......
Monday, November 3, 2008
tamatnya satu permulaan
Sunyi................................Mengapa rasa ini wujud?Aku benci dengan rasa yang mengalir dalam benak pemikiran ku yang terkontang-kanting mencari makna setiap rasional perbuatan aku.
Hari ini sekali lagi aku di sini.Di hadapan papan keyboard ini,
Cuba untuk melahirkan rasa sunyi yang berlalu.....
Mungkin kah aku akan begini sehingga hari itu tiba.........
Pulangnya ke hadrat yang Esa......
Subscribe to:
Posts (Atom)