PESTA RATU KIDUL
Ring,ring,ring…kocakan jam yang beruntaian membelah kedinginan pagi.Dia bingkas
bangun mengagahi tidak melayani ulitan mimpi.Dia mecapai telefon bimbit teman setia
di rantauan.Ada sms “Shahrir emak ini,kata gunung Merapi dah nak meletup,emak risau”
Dia ketawa melihat cara sms emaknya berbeza dengan cara adik-adiknya yang ringkas.
Kena ikut cara orang tua supaya mereka mudah faham,”Semunya biasa sahaja di sini
emak jangan risau salam pada abah dan keluarga”.Jam di tangannya menunjukkan 5.30
pagi 27 Mei 2006.Bisik hatinya solat subuh dulu,kemudian tidor balik kuliah hanya akan
bermula pada pukul 8.00 pagi.Sekarang dia tidak perlu lagi bergegas ke kampus kerana
emak baru sahaja membelikan motor speda berjenama Suzuki Thunder.Dia tersenyum
teringatkan bagaimana susahnya untuk mendapatkan motor speda 150 c.c. itu
Masih terngiang-ngiang di telinganya leteran ayahnya,”Boleh pakai motosikal tapi saperti
Honda C90 di Malaysia sahaja untuk ulang-alik dari asrama ke kampus”Dia tahu ayahnya
ini tegas tapi boleh dicairkan,”Di sini bukan asrama abah tapi di panggil kos,
saya pergi kuliah dulu malam nanti abah dan emak bawa saya dan kawan-kawan sekuliah
daripada Malaysia keluar makan”Dua minggu lepas emak dan ayah datang ke
Yogyakarta untuk urusan pembelian motor speda yang diidamkan .Setelah dua tahun di
rantauan terasa peritnya berulang-alik dari kosnya di Pogugbaru Kaliurang ke Fakulti
Kedoktoran Pergigian Universitas Gadjah Mada.Hati kecilnya berterima kasih kepada
rakan sekuliahnya Aida,Mona dan Aishah yang bersetuju menyokongnya bahawa Supra
90c.c. di Indonesia hanya di pakai oleh cewek Thunder untuk cowok,ungkapan mereka
di waktu makan malam yang di aturkannya itu berjaya merubah pendirian ayah.Mereka
ganti keluarga di kota Yogyakarta ini sama-sama mengejar impian dan menempuh
pancaroba di kota Jawa ini beribu batu dari tanah air.
Selesai solat subuh dia terus melunjurkan badannya.Letihnya masih terasa semalam
budak KAGI,singkatan kedoktoran gigi,berpesta selepas habis ujian semester dua.
Selesai sahaja kertas anatomi pantas Diana berdiri”Malam ini kita pariswisata di Padang
Teritis,aku mahu mas Shahrir cuba motor spedanya jarak jauh asyik-asyik bawa aku
ke Maliboro saja”Dia tersentak mendengar bicara Diana anak gadis Bandung mirip
penyanyi Rossa itu lantas dia menjawab “Boleh saya tumpang Diana sahaja kerana saya
tak biasa bawa motor keluar Yogyakarta”Diana saperti biasa menjeling manja kearahnya
“Jangan begitu Mas aku ngak mahu bawa mobilku,malam ini aku Ratu Kidul Mas
Shahrir Rajaku aku titip motor speda Mas sahaja”Andre rakan karibnya dari
Solo mencelah “Bisa Mas tanpa Mas dan Diana semua ngak jadi”Malam itu semua
budak KAGI berarak ke Padang Teritis,tiga puluh speda motor dan sepuluh mobil.
Semuanya tenang menhirup angin malam yang romantis.Tiba-tiba Diana berteriak
“Mas nanti mampir di Bandul kerana aku mahu ke kamar kecil”Timbul
kesihan melihat Diana menekan perut kesakitan.Dia terus ke stesen minyak
ditengah pekan Bandul yang sesak kerana kereta berpusu-pusu mahu mengisi minyak
tidak kurang satu kilometer jauhnya.Lazimnya barannya dilepaskan kepada anak
gadis Bandung kacukan Belanda tapi malam ini tidak tergamak berbuat demikian.Dia pun
hairan kenapa cewek ini masih setia melayan kerenah panas barannya sedangkan banyak
lagi jejaka senegaranya yang lebih tampan dan kaya.Diana sendiri anak pengusaha yang
yang ke kuliah memandu Honda Jazznya.
Agak ketinggalan dia terus memecut meniggalkan Bandul “Ngak perlu ngebut Mas cuma lima
koma satu sahaja lagi kita sampai”Hatinya lega mendengar hanya lima perpuluhan satu kilometer lagi
sampai.Angin laut mula menerjah pipi dan rambut Diana yang berwarna perang dan kedengaran dia mula
mengungkap dua tiga bait lagu Rossa ratu rock yang juga berasal dari Bandung.”Itu Mas, Ricky,Andre,Aida,
Aishah jelas kelihatan mereka bertenggek di atas kereta Honda Jazz merah milik Diana.Ricky pemuda China
dari Medan sedang sibuk menyediakan alat-alat karaoke mungkin hadiah dari bapanya pemilik pasaraya di Medan.
Dia bergegas kearah mereka,cuma satu mobil sahaja yang belum sampai.Di satu penjuru pula Andre dan beberapa orang
lagi sibuk menyediakan para untuk barbecue.Budi dan kumpulannya kelihatan sedang mendirikan pentas.Menjelang senja
barulah sempurna persiapan khemah dan peralatan untuk pesta malam nanti.Andre sebagai presiden mahasiswa KAGI dari universiti yang
terunggul di Indonesia itu muncul di pentas dengan pesanan”Malam nanti kita akan berpesta tetapi cara Mahasiswa UGM jaga nama,jaga maruah,tiada
narkoba,tiada alkohol dan sebagai muslim dan katolik berpacaran jangan melampaui batas”Tiba-tiba Andre terhenti matanya melirik kepada kumpulan
bas parawisata yang ratusan jumlah menuju kearah pantai,”Malam ini mengikut kalendar Jawa ia lah lima belas kliwon pantai ini akan jadi tempat maksiat dan
sebagai mahasiswa UGM janganlah kita menjadi saperti mereka mencampurkan budaya demi kepuasan.Kita muslim dan katolik tidak begitu”Muncul suara
Made
Sunantha,”Betul pak saya Hindu pun
begitu”.Akhirnya mereka bersurai seketika.Cuma bermain dalam fikirannya..........(bersambung)