Asalnya aku memang tak nak bangun ,tapi aku kena hantar parents aku pergi KLIA.Diorang honeymoon lagi kat Bandung.Hahaha,tinggal la aku keseorangan dekat Malaysia ni.(adik beradik aku semua kat luar Malaysia).
Masa di Airport aku berpeluang melihat tingkah laku orang ramai.Masing-masing dengan kerenah mereka sendiri.Tapi secara keseluruhannya yang aku lihat ialah sikap pentingkan diri manusia.
Semua orang hanya pentingkan diri mereka.Yang penting mereka dapat 'check in'.Nasib orang lain?sendiri mau ingat lah kan?
Aku bertolak dari KLIA menuju ke Kl sebab ada tugas yang kena buat.Singgah di Masjid KLIA kat Banting....Barulah aku tau yang KLIA ni ada Masjid yang sebesar dan seindah ni.LUAS.......
tapi takde orang.
Perjalanan dari KLIA ke KL sangat membosankan sebab aku pandu sorang-sorang.Aku berfikir bila la pulak lepas ni aku dapat pergi oversea?
Mungkin lepas aku jadi doktor nanti kot?
Di KL,aku singgah di rumah kejap sebelum bertolak ke Stesen LRT
Yang seronoknya kali ni aku guna Touch n Go.So takyah beli tiket susah yang panjang macam tren tu sendiri.
Selesai je urusan dekat Masjid Jamek,aku pun bertolak ke Low Yatt Plaza,(syurga barang elektronik).
Selepas jumpa barang yang aku nak ,aku pun bertolak balik.
Telatah anak muda kat sini menarik perhatian aku.Ada yang duduk kat tempat yang kotor(tepi tong sampah) buat dek je.....
Ada yang menari shuffle.....baru la aku perasan ramai jugak budak melayu kat KL ni yang syok sendiri.....Entah sapa la yang nak tengok diorang menari tu .Kalau malam takpe la jugak ni waktu Maghrib....Kesian kat mak bapak diorang.......
Tapi kemuncak dia ialah aku tengok pasangan berpeluk cium depan aku.Memang la rasa nak sepak je....Dah la ada sorang laki ni asyik duk menunggang awek dia je.
Mungkin benda ni dah biasa untuk remaja hari ini....Cuma aku terfikir , kalau sekarang kau(awek-awek kat MALAYSIA) benarkan lelaki-lelaki jongos ni menunggang kau.....
Apakah nilai maruah yang masih ada pada kau selepas ini ?
Renung-renungkanlah................
No comments:
Post a Comment