Sorry la tak men elok2 pasni saya akan mainkan semula lagu ni dan nyanyi elok2 and main takde salah.
Yang ni first trial, sebab susah nak buat lirik dia bagi betul-betul ada makna.
LAgu ni bukan pasal cinta tapi kenangan kepada jasa-jasa seorang yang kita sayangi seperti teman-teman kita dan juga orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita.
SAya dapat idea untuk lagu ni lepas tengok AJL .Lagu dari Aizat-Pergi
Please jangan compare dengan penyanyi-penyanyi. I am an ordinary people ye. bukan penyanyi to -be
Cerita sal perempuan lagi . Bukan aku saja nak tulis .Tapi dah yang tu yang jadi,Tiap-tiap hari perempuan yang jadi isu besar dalam hidup aku. Tak...tak jangan salah paham. Bukan untuk blame perempuan. Tapi buat masa ni semua perempuan yang aku jumpa semua jenis yang hilang tiba-tiba.Berubah tanpa sebab. tah..mungkin salah aku. Atau memang belum masa nya aku jumpa dengan orang yang aku patut suka.
Ni perkongsian cerita aku tentang insan yang bergelar perempuan ....
CASE 2
Aku rapat dengan J . Aku jumpa dengan dia sebab kami diletakkan dalam satu kumpulan dalam kelas lab. Rapat di sini bukan bermaksud ' SUKA' atau "sayang" tapi dia kawan rapat aku .
Kalau aku susah , dia yang akan cari aku dan tolong aku. Bila aku tak boleh nak jawab soalan 'assignment' dia akan tolong aku juga. Siap taip detail how to solve dengan sms (sapa sanggup ? )
Kami selalu makan aiskrim sama-sama. Dia macam budak-budak . Suka makan aiskrim MAGNUM je. Memang seronok kawan dengan orang yang manja dan memahami.
DiA pakai tudung . Jenis perempuan yang aku idam-idamkan ialah orang yang bertudung sebenarnya . Yang jenis sombong pada semua lelaki kecuali lelaki yang dia suka. Yang hanya layan orang yang dia suka je. SUsah nak cari orang mcam ni.
Tapi aku silap sebenarnya. Dia berubah dengan mendadak .
Ceritanya....
Khamis , 21 hb Januari
Malam tu dia mesej aku . Dia nak jumpa aku .Nak belanja makan aiskrim katanya.AKu tanya dia ada masalah ke? dia cakap takde .saje nak jumpa.Runsing katanya. AKu cakap ..OK =) .Tiba-tiba dia tak jadi pula. Ada hal katanya. Aku tanya balik ,takkan tak boleh langsung. Dia cakap ok lah . tapi masa tu dah pukul 11.30 malam. Aku cakap dah malam , aku tak suka keluar rumah malam-malam. Nanti esok kita jumpa la.
Dia macam frust . Aku just cakap "JANGAN Menangis pulak". hanya untuk bergurau. tapi dia reply "mana tau".
SMS hanya terputus di situ.
Jumaat, 22 hb Januari
Aku tak dapat jumpa dengan dia. AKu terpaksa balik Perak .Ada urusan keluarga. Tapi , sebelum aku balik . Aku sempat call dia. AKu suruh dia jaga diri elok 2 . Lepas je kami bercakap dia mesej "kenapa la awak perlu balik bila saya ada masalah"?
Sekali lagi sms terputus di situ....
Sabtu , 23 hb Januari
AKu cuba call dia malam tu. Saja nak tanya dia mcam mana. Telefon tak diangkat . Aku cuba dengan no yang dia takde . Dia reply elok je. 'SAPA NI?" .
Jadi maknanya dia ada kredit. Kenapa dia tak reply? aku terus call lagi dengan no aku.Still tak reply. Aku biarkan saja. Mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan masalahnya.
Isnin , 24 Januari
Zul datang kat aku. Dia cakap , budak tu dah berubah. Dia nampak si J keluar dengan sorang lelaki pukul 4 pagi . Wahai manusia, kalau ko sorang perempuan yang baik, ko takkan keluar dengan sorang lelaki bukan muhrim jalan-jalan pukul 4 pagi. Ini Cyberjaya , pukul 4 pagi lah aku nampak lelaki arab dengan girlfriend bercium dalam semak. Pukul 4 pagi la aku nampak pelacur cari pelanggan.
So, ko nak aku pikir apa pasal ko sekarang?
Rabu , 26 Januari
AKu terima mesej. 'JANGAN GANGGU SAYA LAGI".
Selasa , 2 Februari
Dah lebih seminggu kejadian tu berlaku. Aku masih tak percaya sangat dengan apa yang Zul cakap sebenarnya.
Tapi hari ini , aku nampak ko jalan-jalan dengan lelaki tu waktu senja kat taman.
Aku bersyukur sebenarnya sebab aku nampak dengan mata aku sendiri walaupun aku tak percaya pada asalnya. Kalau korang baca kat sini. Mungkin aku nampak macam cemburu. AKu bukan cemburu kerana dia couple dengan orang lain. Tapi sebab dia tinggalkan kawan apabila dah couple.
Dan disebabkan kau yang mintak aku jangan ganggu kau lagi. Aku redha .
Aku harap aku akan jumpa perempuan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan aku lepas ni.Aku takkan pernah putus harapan dan letakkan kesalahan itu pada insan bernama perempuan kerana tak semua perempuan tu sama.
Dulu , aku fikir semua benda boleh ditangguhkan sehingga la opah aku meninggal.
Sebenarnya orang yang fikir dia boleh tangguhkan perkara penting dalam hidup ni ialah orang yang bodoh.
Dari kecil , opah yang jaga aku , masa umur aku dua tahun .Parents aku pergi Haji , takde orang nak jaga kami. Kami nak dipisahkan sekejap 2 dengan nenek belah mak dan 1 dengan nenek belah ayah.Tapi ,opah tak nak . Dia cakap ,biarlah dia yang jaga kami tiga beradik. Sungguh mulia hati opah.
Aku membesar dengan dimanjakan kebanyakkan nya dari opah berbanding dengan parents.Masa tadika , hari- hari opah akan bagi aku RM 1 untuk beli 'cokelat'(gula-gula).Opah yang masakkan makanan aku.Takde orang yang boleh lawan dia masak . Terliur bila aku teringat Gulai Tempoyak ,Ayam Masak Merah. LALA. KERANG. Tu semua makanan kegemaran aku , dan opah sentiasa tau masak .
Aku budak yang sangat nakal.AKu pernag baling opah dengan cebok air sebab dia marah aku main air lama-lama.Kecik-kecik dulu , aku ada lelah .Tak boleh main air. Kalau la aku boleh pergi balik zaman dulu .Memang aku belasah aku yang umur 5 tahun tu cukup-cukup.
Masa sekolah rendah , Opah yang akan teman aku . Opah pernah datang sekolah agama sebab nak tengok aku belajar. Sekolah rendah kebangsaan pulak, makanan mesti siap bila aku balik.
Umur aku 18 Tahun.Macam biasa la , nak balik hostel, aku akan salam dengan opah dan family .Tapi masa tu , aku fikir takpelah , nanti balik lain kali jumpa lagi.
Tapi aku silap. Kami tak pernah jumpa lagi. Opah dah meninggal.Opah meninggal tanpa sempat aku minta maaf atas semua kesilapan aku dari kecik.Kesilapan bodoh yang kalau boleh aku tak nak buat.Dan aku tak sempat ucap terima kasih atas segala pengorbanan dia dalam membesarkan aku.
CUma, aku puas . Aku je satu-satunya cucu dia yang ada masa dia meninggal kat hospital.Aku yang berulang-alik tiap hari untuk ambil barang-barang dia kat rumah . Aku yang tolak trolli jenazah dia masa malam dia meninggal.
Sebenarnya, Apa yang aku nak beritahu bukan kisah aku dan opah aku . Tapi 'TANGGUH' sikap suka menangguh kita.
Kalau kita sayang seseorang beritahu, kalau kita rindu seseorang beritahu kalau kita suka masakkan mak kita, beritahu dan kalau kita berterima kasih dengan penat lelah ayah kita , beritahu lah pada dia.
Ingat lah, orang yang bodoh saja yang tangguhkan apa yang dia nak cakap,beritahu atau katakan sehingga hari esok .Sebab hari esok , mungkin peluang tu dah takde lagi.
Kalau hari ini , korang masih punya sesuatu untuk disampaikan . Terus-terang la , dan korang takkan hidup dengan rasa penyesalan .
MinGgu ni pelik sungguh. Aku jadi seorang yang pemarah. Semua benda aku buat tak kena dan semua benda yang orang buat tak kena pada aku.
Aku jadi marah bila tengok orang bising. Aku jadi marah bila aku tak boleh jawab soalan tutorial chem . Aku jadi marah tengok result kuiz bio aku yg ......
Hm ,conclusionnya .aku cepat naik angin
Semua nya bermula sebab perempuan . Sapa? Girlfriend aku? MEsti la tak.Sebab aku takde.
Tapi kawan..
Ceritanya
Nur (memang nama sebenar) mesej aku. Katanya nak minta Ammir(nama sebenar).Ok la. FIne. AKu boleh tolong .Aku cakap dalam malam nanti aku beritahu. Si Ammir ni belajar kat Mesir.Jadi logikla aku tak boleh beritahu terus(kena tunggu Ym dia on dulu).
Tapi , selepas 15 minit dia mesej aku ,kalau boleh nak sekarang katanya. aku kata sabar la .dia pun cakap ok.Malam tu beritahun Ammir , si Nur ni nak cakap dengan dia .
Esoknya Nur mesej aku ,
Nur:bagitau Ammir,kalau nak call waktu malam je tau.
Ikmal:Siang sibuk sangat ke sampai tak boleh cakap?
Nur:Apasal nak marah-marah ni? siang penat la . kena berniaga semua . mana ada masa.
Ikmal:Eh , mana ada marah . tanya je .ok ,nanti aku bagitau pada Ammir.
Nur: Yelah , Nur tak pandai macam korang kan. Korang banyak masa , Nur ni sampai bila-bila berniaga je.
MEsti la aku terasa kan? tiba-tiba je......Aku pun reply ar
Ikmal : Oh ,orang belajar banyak masa ya.Baru tau, Ok2 fine.terima kasih lah inform.
Nur: Kenapa semua lelaki ni haa? nak perli-perli aku .Aku dah la baru break up dengan bf aku semalam.Lelaki memang tak pernah paham perempuan .Dah la ,kalau tak ikhlas tak nak tolong aku ,tak payah la.Terima Kasih banyak-banyak.
So, inilah puncanya sebab apa aku jadi pemarah . Perempuan selalu nak lelaki je paham mereka.Mereka tak pernah ke pikir apa yang lelaki rasa.
Kau marah aku sebab ko tension breakup dengan bf ko . Tolonglah ,tak perlu jadi bodoh disebabkan orang yang tak menghargai diri kau.Kalau lelaki tu tak tau menghargai kau ,kenapa ko nak sedih pasal dia.
Dan kau sanggup buang kawan sebab kau tension break up dengan bf kau.
Selama ni aku hanya dengar je, perempuan sanggup korbankan segalanya bila dia dah jatuh cinta
So many people walk around with a meaningless life. They seem half-asleep ,even when they are busy doing things they think are important. This is because they are chasing the wrong things. The way you get meaning into your life is to devote yourself to loving others,devote yourself to the community around you and devote yourself to creating something that gives you purpose and meaning.
Translation :
Ramai orang menjalani hidup yang tak bermakna. Mereka mungkin alpa walaupun semasa mereka sibuk melakukan perkara yang mereka rasa penting. Semua ni kerana mereka menngejar perkara yang salah. Cara kita untuk jadikan hidup ni bermakna ialah dengan berbakti dengan menyayangi yang lain, berbakti kepada masyarakat di sekeliling kamu , dan berbakti dengan melakukan sesuatu yang bersebab dan bermakna dalam hidup kamu.
Tak semua perkara yang kita buat dalam hidup ni benar-benar bermakna. Mungkin ada antara kita buat sebab terpaksa atau tiada pilihan.
" Atirah , dah besar nanti ayah nak kamu jadi doktor , "
" Khairi , jangan ada cita-cita nak jadi artis , tu semua kerja takde masa depannya"
Dan apabila itu berlaku kita tak mungkin dapat lakukannya dengan baik sebab hati kita tak nak buat pun benda tu
Jadi , secara ringkasnya "buatlah sesuatu yang kita ikhlas lakukannya" supaya kita tak menyesal kemudian hari.
Kereta ku terus ku pecut selepas melambai pada dua orang 'kanak-kanak' riang kat rumah nenek.
Aku tak perlu drive laju-laju. Tiket bas pukul 6. Perjalanan dari Dengkil ke Kl paling lama pun 45 minit. Aku hanya perlu 'rileks'.
Tapi......
Sampai je kat rumah Mak Tok , "Mana laptop ni"? Tadi rasa mcam ada bawak.
Aku terus call ayah aku
"Hello abah , tiket bas boleh tukar ke kalau terlepas " ?
Apa punya soalan la tu ? mesti la tak boleh kan?
Minggu depan ada kuiz biologi.Nak tak nak kena patah balik ambil laptop.
Dah tengah lagu-laju pecut sampa 150 km/hour (untuk kereta iswara aeroback kira laju sangat dah tu).Ku terus tengok minyak , " cantiklah minya dah kuning ,duit takde plak tu." Teruk gak ni
Nak pergi kl dah 45 minit , nak patah balik lagi 45 minit.
So bayangkan pada worst case scenario aku...
1.Minyak kereta dah keluar warna kuning. 2.Duit tinggal sepuluh ringgit je. 3.Jalan Jammed sangat-sangat(pukul 6 biasa la orang balik kerja, kl plak tu). 4.Tiket bas lagi 10 minit nak jalan.(kat pudu raya).
JAdi...(cara aku untuk selesaikan )
1.AKu pusing cari jalan lain untuk ke stesen minyak terdekat. 2.Aku ambil duit dari ATM kat stesen minyak tu. 3.Aku isi minyak. 4.Aku terlepas bas. 5.Aku belik tiket baru , (patut bertolak pukul 6 jadi pukul 7.30)
Penat kan. tapi itu la pilihan yang terbaik yang aku ada pada masa tu.