Sunday, January 10, 2010

Juara lagu...?? =)

Dan johan anugerah juara lagu ke - 24 dimenangi oleh Aizat.........dengan lagu pergi......

Tap...tap....tap (bunyi air kat pili)

sekejap je masa berlalu dengan segala promo di televisyen.tiba-tiba AJL dah pun habis.

Tahniah aku ucapkan kepada Aizat.

Isu yang aku nak bangkitkan sekarang bukan la kemenangan atau kekalahan sapa-sapa
tapi mutu sesebuah lagu tu sendiri.Dan mungkin aku bukanlah orang yang sesuai tetapi this is a blog,jadi selagi tak menghina dan menyusahkan sapa-sapa.its up to me to write what i am thinking...


1.Lagu yang menjadi kegilaan zaman sekarang tak semestinya akan menang sebab yang menilai ialah juri profesional.
2.Lagu yang bermutu selalunya dibuat sendiri oleh penyanyi *(mungkin lebih feel)
3.Kebanyakan lagu masa kini yang diminati berbentuk indie yang mempunyai irama tersendiri.
4.Setiap penyanyi perlu ada identiti sendiri untuk pergi ke peringkat yang lebih jauh

cthnya: 1.Sam(bunkface tak patut digelar 'klon greenday'.
2.Yuna( Norah Jones Malaysia ).
3 Hujan (The strokes)

# Jangan salah paham.Aku peminat meraka juga

5.Kekuatan sesuatu lagu terletak pada lirik dan melodi.(lagi mudah orang paham,lebih bagus lagu tersebut).
6.Lagu yang dicipta melalui pengalaman ialah antara lagu yang terbaik dihasilkan.

cth:1 .kau aku-aizat
2.dan sebenarnya-yuna


Dan sebenarnya , apabila satu lagu tu dah tersenarai di peringkat akhir ,mereka adalah pemenang .Dan mungkin yang menang tu rezekinya pada kali ini...

Tapi yang penting ,dalam menghasilkan muzik yang terbaik ialah dengan hati yang ikhlas bukan kerana satu material yang dipanggil 'award'

*ikhlas umpama semut hitam yang berjalan di atas sebuah batu hitam pada malam yang gelap

Dan sebagai 'tribute' kepada aizat aku akan mempersembahkan lagu

1.kau aku.
2.pergi .

acoustic version dengan wajah aku =)

Tap...Tap...Tap...



Wednesday, January 6, 2010

Perempuan lebih suka berblog dari lelaki??

SuDah lebih kurang 4 hari aku berblog semula. Tak kusedari sebenarnya blog sebenarnya tolong kita luahkan apa yang tak mampu kita cakap ,buat apa yang kita malu nak buat , tunjukkan apa yang kita tak mahu tunjuk. Dan mungkin cari apa yang kita hilang ..

Bagi aku , kawan-kawan masih ada cuma majoritinya dah pindah ke mana-mana.

Medic, Pharmacy dan aku masih di sini ..Foundation Buiding yang sendiri bosan melihat aku.

Kini, aku cari rakan-rakan baru , di blog,facebook dan myspace tapi majoritinya yang aku jumpa di blog ini ialah perempuan.Lelaki adalah dua tiga orang,itupun kawan sekolah.

Kenapa agaknya perempuan lebih ramai??

Mungkin...

1.Perempuan makhluk yang pemalu.Lelaki lebih suka berterus terang daripada perempuan.
2.Perempuan lebih selesa menulis berbanding berkata-kata (sebab tu sms sampai pagi pun rajin)
3.Perempuan sensatif dengan perasaan mereka dan lelaki kadang-kadang tak sensatif langsung.
4.Perempuan mahu suara mereka didengari tapi lelaki suka mendengar
5.Perempuan lebih suka pada perhiasan(sebab tu blog diorang selalu ada bunga-bunga).Lelaki punya blog lebih simple.
6.Perempuan lebih jujur dalam menulis apa yang mereka rasa berbanding lelaki yang lebih suka berahsia.(jadi apa yang ditulis dalam blog itu la yang diorang rasa)

Jadi mungkin ini antara sebab lebih ramai perempuan berblog dari lelaki....

But the truth is ...well ..who knows =)


My latest acoustic guitar cover

This is my latest acoustic guitar cover. Lagu ni bertajuk crazier by taylor swift. I listened to this song when i watched Hannah Montana The Movie so i decided to cover it.I am not good but i am doing this just for fun.

Jadi ,kepada kawan-kawan saya yang sudi mendengar , silakan menjamu halwa telinga ... =)

Monday, January 4, 2010

London Vs Malaysia........

Hello.....Hello....Sapa ni??


Fuh....baru sekarang nak cakap. Memang la, semua orang kena kumpul material dulu kan sebelum menulis.

Antara pengalaman aku di sana . Bukan tujuan nak membeza-bezakan dengan negara kita,tetapi inilah hakikatnya.

Sekarang musim sejuk , aku stay selama 4 hari di London dan 4 hari di Ireland.

London

1.Jalan di London bersih.
2.Penduduk di London mostly bersopan santun.
3.LRT @ TUBE kat sana kena tunggu paling lama 5 minit je.
4.Hidup kat sana sosial. Aku duduk kat youth hostel (sebab takde duit).Bilik and toilet campur je laki pompuan.
5.Bas dua tingkat hanya dalam bandar(sebab tu kadar kemalangan kurang). Pengusaha bas Malaysia belasah je dari JB pegi Bukit Kayu Hitam pakai bas dua tingkat.
6.Makanan Malaysia terlalu mahal.
7.England ada populasi kedua terbesar orang India di luar India.
8.Tempat kegemaran orang Melayu kat London ialah Oxford Street,Bayswater,Tower Hill,ngan stadium-stadium bola Chelsea dan Arsena(aku tak suka 2 team ni).
9.Pemandu taxi sana ramah tamah dan bangunan semua lama-lama(tapi dalam canggih).
10.Mat Sallleh cakap orang putih slanga satu benda aku tak paham).
11.Toliet tade tisue paper.
12.Pramugari tak cun macam Asia punya pramugari(penting ke ni??)
13.Taxi kalau takde orang dia akan keluar lampu kat atas warna merah)
14.Kita tak boleh berenti tengah jalan nanti kena HON...
15.Semua ikut lampu isyarat tak macam orang Malaysia.
16.Lampu isyarat untuk pejalan kaki ada warna Kuning sekali.
17.Lampu isyarat kalau nak tukar warna hijau pun dia tukar warna kuning dulu.
18.Royal Albert Hall tu kecil je tapi sangat lah busy.(kira Siti teror jugak la leh perform).


Ireland

1.Bas kat sini sama macam London tapi cantik lagi .
2.Bandae Dublin kecil lagi dari Ipoh.
3.Ireland tak sejuk macam London.
4.Orang kat Ireland cakap tak slanga macam orang London.
5.Apartmen kat Ireland sangat mahal boeleh mencecah 1 000 000 Euro.(X 5.24 untuk duit Malaysia)
6.Setiap kali nak turun bas mesti cakap thanks dekat driver.
7.Driver bas kat sana sangat-sangat lah suka menolong)
8.Budak Punk pun akan bangun dan bagi duduk pada orang tua.
9.Belfast bukan milik kerajaan Ireland tapi England.
10.Lebuh raya di Ireland dengan London sangat lah kalah dibandingkan dengan Malaysia.
11.Kereta di sana sangat murah .(BMW 5 series baru rm 60 000 ).



(pokok botak)



(syaitan bertopengkan manusia)



(royal albert Hall)



(salji balance)



hM ,YANG Lain 2 tu aku tak ingat kot.Kalau ade aku akan tambah semula .=)

Ops, nak gi solat Maghrib.....trettt.......(talian terputus)

Saturday, January 2, 2010

HAti.....

Yup, cerita seorang lelaki.selalunya tentang benda yang sama.

Kalau lepak dengan kawan-kawan mesti la tengok awek-awek kat keliling.Hm, bila tunjuk awek tu,lawa tapi boyfriend pecah.tengok yang tu pulak awek cun tapi muka ketat je.

Dalam hati aku, kadang-kadang awek yang diorang tunjuk tu tak cun langsung , tapi suka jugak.

Mungkin sebab hati aku dah dimiliki kot. Orangnya tak la cantik sangat.Cuma manis di mata ramai orang. Orangnya tak tinggi sangat , tapi bagi aku ok lah tu. Orang nya tak la hot sangat, tapi suaranya merdu bagi aku.Ahh, seronoknya bila terkenangkan dia.Bila dia happy, aku pun rasa happy sangat.

Tapi aku tau, kitorang takkan dapat bersama. Dia terkenal, comel, baik sangat dengan aku(ngan orang lain tak tau la).
dan suaranya(tak macam budak sekolah ).

Rindunya bila setiap kali teringatkan dia

Dan hari ni , aku terus merindui dia....


(Ya Allah ,cairnya aku)



(comel nya dia ni)

tapi............dia......


(Ernie zakri...memang aku takkan dapat la =( )

Ikmal Hijaz in the newspaper








Em, cerita ni dah lama
tapi sekarang baru la nak upload because one of my friend cakap u better start writing again.
Orang tak baca pun tak apa, mungkin Ikmal boleh jadikan this page as a diary for my life. it is some sort of interesting.

Ikmal tulis pun sebab terpikir kenapa negara-negara luar boleh adaptasti novel untuk filem tapi negara kita tak boleh. Lepas tu complain cakap filem negara ni tak berkualiti.

Untungnya, tiga hari lepas keratan ni keluar , parlimen ada bincang tentang ni. haha. bangga sikit je =)


















My new thought






I have forgotten so many things in my life, yet i can remember every moment of that time with the person i love , the people we saw, the things we discussed. It was so ordinary in so many ways , like once i heard , you can find something truly important in an ordinary minute.Appreciate it for now or you will regrets for it later.