Friday, November 7, 2008

Hijab sang pencinta




Mungkin korang ni merupakan salah satu dari ribuaan peminat novel Melayu dekat negara Malaysia ni.Ada ramai penulis novel yang berbakat dalam penulisan untuk menarik hati pembaca-pembaca novel tempatan di sebabkan persaingan yang kuat dengan novel bahasa Inggeris yang ada sekarang.

Dan aku adalah pembaca novel bahasa Inggeris dan juga novel Melayu.Jadi kat sini aku nak mencadangkan kat korang untuk cuba baca novel penulisan hasil Ramlee Awang Murshid.


Antara novel-novel yang available ialah


  • ADAM
    TOMBIRUO
    TOMBIRUO TERAKHIR
    RANGGAU
    RAHSIA PERINDU
    MANDATORI
    SATU JANJI
    SEMANGAT HUTAN
    BAGAIKAN PUTERI
    CINTA SANG RATU
    UNGU KARMILA
Dan novel yang terbaru hasil karya beliau ialah Hijab Sang pencinta



So cubalah,dan aku janji korang akan puas hati......





Monday, November 3, 2008

tamatnya satu permulaan







Semua orang tidak mungkin akan dapat lari dari rasa sunyi.Setiap masa, jam berdetik membawa setiap memori kenangan indah yang berlalu.Setiap memoir kenangan indah yang lahir melalui tulisan pena atau taipan papan kekunci.

Sunyi................................Mengapa rasa ini wujud?Aku benci dengan rasa yang mengalir dalam benak pemikiran ku yang terkontang-kanting mencari makna setiap rasional perbuatan aku.

Hari ini sekali lagi aku di sini.Di hadapan papan keyboard ini,
Cuba untuk melahirkan rasa sunyi yang berlalu.....

Mungkin kah aku akan begini sehingga hari itu tiba.........


Pulangnya ke hadrat yang Esa......





Saturday, October 25, 2008

peperiksaan ini bukan teman tanpa persediaan






Exam datang lagi ,

Setelah beberapa minggu bertemankan komputer,game dan movie
kali in,takde siapa pun yang akan dapat membantu aku melainkan diri aku sendiri
Setiap masa aku cuba membetulkan diri sendiri.
Masih terngiang-ngiang kata-kata dari prof Hamdan,bakal Lecturer Pathalogy ku(insya-Allah)

"APABILA SYAITAN MASUK KEDALAM SETIAP URAT-URAT DARAH SERTA LALUAN NADI YANG MEMBAWA DARAH KE OTAK, DIA MAMPU MENYIMPANGKAN LALUAN DARAH ITU DARI ARAH YANG SEPATUTNYA.HAL INI AKAN MENYEBABKAN MANUSIA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SALAH"

Jadi,adakah aku akan membuat keputusan yang salah kali ini?(tak study)
Aku harap tidak......kerana aku akan berada di sini....malam ini....waktu ini

mengolah setiap inci nota serta ilmu yang dicurahkan pada sekeping kertas.

Kertas yang akan hancur suatu hari nanti dimamah usia.


Biarlah ilmu ku tidak hancur dimamah usia.......................

Ya Allah,bantulah aku menghadapi exam kali ini,
Mudahkanlah setiap urusan ku dalam menghadapi soalan-soalan tersebut
Amin,Ya Rabbal Alamin.


Doakan aku menghadapi peperiksaan kali ini..........................


Friday, October 24, 2008

Tempatku kini








Taman hati itu semakin berseri ,

Bunga nan satu kembang mewangi ,

Namun kehadirannnya seolah membunuh ,

Siapakah rumput untuk tumpang berlabuh.....?

Tatkala pohon berduri melingkar merapati ,

Matinya sang rumput tiada yang peduli ,

Namun lupkah kau wahai si kumbang......?

Taman yang tak berlalang adalah taman yang gersang ,

Tandus tatkala masa ditelan zaman hingga aku menjadi satu dengan mu






Saturday, October 11, 2008

Kawan....(part two)


setiap orang perlukan kawan,teman,gang
orang orang yang kita boleh berhubung
tapi apakah itu kawan?
gang warung kopi?member seperjuangan?member lepak-lepak
rakan-rakan sekolah,atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil?
Tak de prejudis,takde perbezaan,takde pertandingan,Takde persaingan
sehingga suatu hari nanti,kita belajar untuk buka mata dan kita nampak dunia bukan sekadar
hitam dan putih......


takde hal,sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat,senang dan pantas,
tak payah keluar rumah,tak payah bangun kerusi,
tenung skrin komputer,
keletuk-keletak je keyboard,
boleh suka benda yang sama,tak suka pun takpe.
kenal,tak kenal belakang cerita,
risiko kita tanggung sendiri kerana persahabatan
adalah suatu pengembaraan yang
tidak boleh diduga............

Friday, October 10, 2008

Tempatku.................





Taman hati yang telah lama dibujurkan itu,
Jangan ada sesiapa yang cuba menyapunya.
Biarkan.........biarkan daun-daun kering itu
pasrah menanggung panas mentari dan debuan kelam,
mana tau ia bisa jadi baja,
untuk pohon-pohon kembang lain tegak subur;
kemudian,wajib pula tegar menunggu keputusan takdir.

Taman hati yang indah itu,
Tidak tercapai bak langit nan biru,
Kiranya bunga liar ini menumpang teduh,
Adakah ia akan dianggap penceroboh.....?
Jika kehadiranku tak disenangi,
biarlah ku layu terbiar menyepi,
Mungkin waktunya ku undur diri ,
Tempatku bukan di sini...............








Wednesday, October 8, 2008

Mask.....





Hari ini aku sekali lagi di sini.

Keseorangan.......................

Orang bertanya pada aku,"Kenapa aku selalu nampak ko sorang-sorang?"

Pada zahirnya,memang aku keseorangan,tapi bagi aku , kadang-kadang kita perlu bersendirian untuk mendapatkan ketenangan. Setiap orang mempunyai cara mereka sendiri,dan aku?

Aku memilih untuk berada di sini,pada masa ini,di tempat ini supaya aku dapat memikirkan sesuatu bagi menyelesaikan masalah aku.Sekurang-kurangnya aku berdepan dengan masalah aku sendiri.

Duduk di balkoni apartmen,memandang ke luar.Setiap titisan hujan dijadikan Allah dengan penuh keunikan.Aku berfikir ,setiap kejadian yang dijadikan tuhan mempunyai sebab dan akibat ia dijadikan.Kalau direnung-renungkan ,ye,memang takde sesuatu pun yang dijadikan tanpa sebab.Sebab tu lah semua orang ada buku amal kebajikan kita sendiri.Buat baik dibalas baik,dan buat jahat dibalas jahat.

Ingatlah,kehidupan itu mungkin,tapi kematian itu pasti