Friday, October 24, 2008

Tempatku kini








Taman hati itu semakin berseri ,

Bunga nan satu kembang mewangi ,

Namun kehadirannnya seolah membunuh ,

Siapakah rumput untuk tumpang berlabuh.....?

Tatkala pohon berduri melingkar merapati ,

Matinya sang rumput tiada yang peduli ,

Namun lupkah kau wahai si kumbang......?

Taman yang tak berlalang adalah taman yang gersang ,

Tandus tatkala masa ditelan zaman hingga aku menjadi satu dengan mu






Saturday, October 11, 2008

Kawan....(part two)


setiap orang perlukan kawan,teman,gang
orang orang yang kita boleh berhubung
tapi apakah itu kawan?
gang warung kopi?member seperjuangan?member lepak-lepak
rakan-rakan sekolah,atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil?
Tak de prejudis,takde perbezaan,takde pertandingan,Takde persaingan
sehingga suatu hari nanti,kita belajar untuk buka mata dan kita nampak dunia bukan sekadar
hitam dan putih......


takde hal,sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat,senang dan pantas,
tak payah keluar rumah,tak payah bangun kerusi,
tenung skrin komputer,
keletuk-keletak je keyboard,
boleh suka benda yang sama,tak suka pun takpe.
kenal,tak kenal belakang cerita,
risiko kita tanggung sendiri kerana persahabatan
adalah suatu pengembaraan yang
tidak boleh diduga............

Friday, October 10, 2008

Tempatku.................





Taman hati yang telah lama dibujurkan itu,
Jangan ada sesiapa yang cuba menyapunya.
Biarkan.........biarkan daun-daun kering itu
pasrah menanggung panas mentari dan debuan kelam,
mana tau ia bisa jadi baja,
untuk pohon-pohon kembang lain tegak subur;
kemudian,wajib pula tegar menunggu keputusan takdir.

Taman hati yang indah itu,
Tidak tercapai bak langit nan biru,
Kiranya bunga liar ini menumpang teduh,
Adakah ia akan dianggap penceroboh.....?
Jika kehadiranku tak disenangi,
biarlah ku layu terbiar menyepi,
Mungkin waktunya ku undur diri ,
Tempatku bukan di sini...............








Wednesday, October 8, 2008

Mask.....





Hari ini aku sekali lagi di sini.

Keseorangan.......................

Orang bertanya pada aku,"Kenapa aku selalu nampak ko sorang-sorang?"

Pada zahirnya,memang aku keseorangan,tapi bagi aku , kadang-kadang kita perlu bersendirian untuk mendapatkan ketenangan. Setiap orang mempunyai cara mereka sendiri,dan aku?

Aku memilih untuk berada di sini,pada masa ini,di tempat ini supaya aku dapat memikirkan sesuatu bagi menyelesaikan masalah aku.Sekurang-kurangnya aku berdepan dengan masalah aku sendiri.

Duduk di balkoni apartmen,memandang ke luar.Setiap titisan hujan dijadikan Allah dengan penuh keunikan.Aku berfikir ,setiap kejadian yang dijadikan tuhan mempunyai sebab dan akibat ia dijadikan.Kalau direnung-renungkan ,ye,memang takde sesuatu pun yang dijadikan tanpa sebab.Sebab tu lah semua orang ada buku amal kebajikan kita sendiri.Buat baik dibalas baik,dan buat jahat dibalas jahat.

Ingatlah,kehidupan itu mungkin,tapi kematian itu pasti

Sunday, September 28, 2008

Shopping----------





Today is the day, where my family and i went for shopping for hari raya.

Thus ,we went to the Kota raya, near Pudu raya.

I was so tired as i dont like to go shopping all this time.

I suppose to buy only a few things ,but otherwise i bought two pairs of shoes and a shirt.

Here is the several things that i bought.




Volume speaker





adidas posting









Converse style


p:s/

No offense to my latest post.To those their picture does not included in my blog.It is the matter of time and sources.I'l put yours when i had it.................

Friday, September 26, 2008

raya










Semoga lebaran kali ini membawa erti yang sangat bermakna dalam hidup aku dan mereka.......




my family











Yuna(my adik)

Sunway pyramid

Malam ni malam last kat Cyberia with my friend,

Esok semua orang dah balik.Kira kelas habis esok lah.So,aiman cadangkan kitorang berbuka dekat Sunway Pyramid.


Kelas habis pukul 5.30 petang.Tu untuk budak-budak 60 lah.Kelas aku dah habis pukul 12.30 lagi.


Pukul 5.30 kitorang bertolak.Aku gerak dengan Lokman dan Mahfuz.

Jalan agak jammed dan semua orang driving agak sengal.Tak tau kenapa tapi memang hari yang pelik.

Sampai je kat sana kitorang terus gerak ke Hartz Chicken Buffet.Setiap sorang kena bayar Rm 23.Agak berbaloi la untuk unlimited ayam kan?

Sementara tunggu waktu berbuka kitaorang seperate dulu pergi merata-rata.

Aku lepak dekat MPH.Sedar-sedar dah berbuka.Sampai je kat situ orang dah ramai gile2 dah

So aku ambik kan segala ayam yang wujud kat situ dan 15 minit pastu diorang pun sampai

Kitorang belasah ayam cukup2 smpai puas.Tak pernah seumur hidup aku makan ayam sampai tak ingat dunia.

Pukul 10 kitorang gerak balik.aku drive
puas2............................

That is one of the memory we had before going home.To all my friend,have a nice and safe jouney to your hometown.

and remember dont drink and drive.....